Israel telah memulangkan jenazah pegawai polis Mesir yang bernama Mohamed Salah Ibrahim yang menembak mati tiga tentera Zionis berhampiran sempadan antara kedua-dua negara pada Sabtu lalu, lapor i24 News.

Tentera Mesir berkata Salah telah menyeberang ke Israel sambil mengejar penyeludup dadah, yang membawa kepada tembak-menembak dengan tentera Israel.

HYPE
Wayout Solution Cipta Sejarah Rangkul Anugerah Company Of The Year
Baca lagi →

Baca Juga:

Tetapi bagi pemimpin Zionis mereka menganggap bahawa tindakan Salah itu adalah serangan pengganas dan menuntut siasatan bersama yang menyeluruh.

Seorang saudara dan sekutu Salah memberitahu BBC bahawa sepanjang mengenali Salah, dia bukan seorang ekstremis, apalagi pengganas.

Menurut tentera Israel, dua askar Israel—Staf Sarjan Uri Iluz (20) dan Sarjan Lia Ben-Nun (19)—yang ditempatkan di lokasi terpencil di sepanjang sempadan ditembak mati pagi Sabtu. Mayat mereka ditemui selepas pegawai kanan tidak dapat menghubungi mereka melalui panggilan radio, lapor The Times of Israel.

Selepas operasi mencari, penyerang telah dikepung dan berbalas tembakan berlaku. Askar ketiga, Staf Sarjan Ohad Dahan, 20, meninggal dunia bersama penyerang, yang menurut tentera Israel adalah anggota polis Mesir.

Perdana Menteri Israel Benjamin Netanyahu memberitahu mesyuarat kabinet pada hari Ahad, “Israel menyampaikan mesej yang jelas kepada kerajaan Mesir. Kami berharap siasatan bersama akan lengkap dan teliti.”

“Kami akan mengemas kini prosedur dan kaedah operasi dan langkah untuk memastikan penyeludupan [dadah] pada tahap minimum dan memastikan serangan pengganas tragis seperti ini tidak berulang lagi,” katanya.