Masjid sering dikaitkan sebagai satu rumah ibadah yang hanya terhad kepada urusan keagamaan sahaja. Namun, sebenarnya masjid tidak terhad kepada bidang dakwah malah ia meliputi perdagangan, perundangan, penyebaran ilmu, serta pelbagai lagi.

Baru-baru ini seorang TikTokers, @tomfitree berkongsi pengalaman beliau melawat Masjid Murtadha Dakwah Centre (MADAD) yang terletak di Sungai Petani, Kedah.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Di dalam video itu Tom menunjukkan beberapa fasiliti yang ada di dalam masjid. Antaranya seperti taman permainan kanak-kanak yang mempunyai gelongsor bertingkat di kawasan tertutup bagi mengurangkan bunyi bising kanak-kanak bermain. Namun ibu bapa masih boleh memantau anak-anak mereka bermain.

@tomfitree

Replying to @Ustaz Yaakub Yusra Terima kasih Ustaz. Masjid punya cantik la ustaz. Memang selesa. Korang datang sini. Ada taman permainan anak-anak dan ada capsule hotel. Share video ni supaya beri manfaat ramai orang. #tomfitree #fyp #masjid #indoorplayground #capsulehotel #madad #sungaipetani #kedah

♬ Cooking Time – Lux-Inspira

Manakala bahagian bawah masjid pula, terdapat 20 kapsul hotel dan bilik keluarga percuma yang boleh dikunjungi semua orang, termasuk musafir yang ingin berehat sebelum meneruskan perjalanan.

Di dalam bilik kapsul itu mempunyai katil dua tingkat, setiap satu ruangan kapsul lengkap dengan tilam, bantal, selimut, soket pengecas, lampu dan tirai penutup.

Perkongsian TikTok @tomfitree telah meraih pelbagai reaksi netizen yang kagum melihat bagaimana masjid tersebut dapat berfungsi daripada pelbagai aspek.

Netizen juga berharap akan ada lebih banyak masjid-masjid lebih terbuka kepada orang ramai dan dilengkapi dengan pelbagai fasiliti moden.

Masjid MADAD ini merupakan impian pendakwah bebas, Allahyarham Mohd Murtadha Mohd Yusof untuk membangunkan pusat dakwah di kampung tempatnya membesar, iaitu di Sungai Petani, Kedah.

Kini, legasi tersebut diteruskan oleh adiknya yang juga pendakwah bebas dan dikenali sebagai Ustaz Saham, Mohammad Yaakub Yusra Mohd Yusof.

Antara fasiliti-fasiliti lain yang turut disediakan kepada orang ramai seperti pusat tahfiz integrasi, rumah warga emas, bilik e-sports, serta penyediaan khidmat pengurusan jenazah.

Menurut Ustaz Yaakub Yusra, tujuan pihaknya tidak menutup masjid dan beroperasi 24 jam adalah untuk meraikan sirah Nabi Muhammad SAW yang membina Masjid Nabawi sebagai pusat sehenti bagi golongan miskin, anak yatim piatu serta musafir.

Dalam satu video yang lain pula, @tomfitree berkongsi pengalamannya melawat Taman Kucing MADAD yang menempatkan pelbagai jenis kucing untuk orang ramai bermesra dengannya. Taman itu dibuka setiap hari dan ianya percuma.