Bintang kelahiran Argentina, Lionel Messi mendedahkan sebab beliau tidak kembali ke pangkuan Barcelona selepas meninggalkan Paris Saint-Germain (PSG).
Selepas dua musim berkelana ke Paris untuk bersama PSG, Messi kemudiannya berhijrah ke Amerika Syarikat dengan menyertai Inter Miami pada 2023.
Baca Juga:
- Tevez Mahu Gandingkan Messi Dan Ronaldo Dalam Satu Pasukan
- Evra Dakwa FIFA ‘Beri’ Piala Dunia 2022 Kepada Messi
- Messi Pilih Penyerang Ini Sebagai Pemain Terhebat Pernah Dilihatnya
Messi tanpa berselindung mengakui berhasrat untuk kembali menabur bakti buat Barcelona pada ketika itu tetapi beliau ada alasan tersendiri memilih kelab milikan bersama David Beckham tersebut.
Selepas 17 musim menjadi tunjang kekuatan Barcelona, Lionel Messi berjaya meledakkan 672 gol dan mencipta 303 bantuan jaringan dalam 778 aksinya bersama kelab tersebut.
“Saya memang berniat untuk kembali ke Barcelona. Ke tempat yang saya sentiasa impikan untuk pulang. Tapi sekali lagi, ia tidak menjadi kenyataan.”
“Selepas itu, keputusan dibuat atas pertimbangan keluarga. Kejayaan kami menjulang Piala Dunia juga memberi kesan yang besar.”
“Saya memang sudah jelas tak mahu sertai mana-mana kelab lain di Eropah. Saya tak mahu pergi ke mana-mana pun,” ujar Messi menurut sumber laporan Goal.
Sejak menyertai Inter Miami, Messi bukan sahaja memberi impak besar kepada prestasi kelab, tetapi turut mengubah landskap bola sepak Amerika Syarikat secara keseluruhan, dengan kehadirannya menarik perhatian global terhadap Major League Soccer (MLS).