Dengan pendapatan sekitar $667,000 (~RM2.7 juta) seminggu di Barcelona, Messi mampu untuk miliki apa sahaja yang beliau mahu. Nampaknya Messi juga sudah mempunyai jet peribadi baharu yang digunakan beliau untuk melancong bersama keluarga dan juga rakan-rakan ke mana sahaja destinasi yang beliau mahu.
Jet peribadi mewah baharu Messi ini dilengkapi dengan dapur, dua bilik mandi serta 16 tempat duduk yang boleh dilipat untuk dijadikan tempat tidur.
Messi's new private jet – a kitchen, two bathrooms & 16 seats that can be folded to make eight beds. On the exterior, branded with his signature number 10 on the tail, names of the Argentina icon, his wife, and their three children, written on steps pic.twitter.com/shokwuWIov
— Xinhua Sports (@XHSports) December 11, 2018
Pada bahagian luar jet ini pula, tertulis nombor 10 di bahagian ekor dan sesiapa sahaja yang melihat pasti tahu jet berkenaan adalah milik Messi. Nama tiga anaknya (Thiago, Ciro dan Mateo) serta isteri (Antonella) ditulis di bahagian tangga menambahkan lagi personal touch pada jet peribadi ini.
Jet peribadi ini tidak dibeli oleh Messi tetapi disewa khas oleh beliau. Syarikat yang mengendalikan jet peribadi Messi ini berharap dapat menarik lebih ramai jutawan yang akan menggunakan servis mereka di masa akan datang. Jika anda mahu travel dengan bergaya, mungkin boleh terus membuat tempahan dengan syarikat pengendali jet peribadi Messi ini.
#RealDeal. Nak dapatkan handphone power 8GB RAM + 128GB Storage? Jom tonton video ini.