Syarikat Facebook Meta dengan kerjasama SOLS 24/7 dan SOLS Edu telah melancarkan program percuma secara dalam talian iaitu Meta Boost bagi membantu perniaga kecil tempatan bagi meningkatkan jumlah pelanggan secara online.

Program ini tersedia secara dalam talian dan secara bersemuka di mana kursus ini menyediakan latihan digital kepada perniaga kecil tentang cara untuk mengembangkan perniagaan mereka secara maya dan mewujudkan kehadiran digital atas talian dengan menggunakan platform Facebook, Instagram dan WhatsApp.

Baca Juga:

Inisiatif yang diperkenalkan termasuklah menyediakan kelas Bahasa Inggeris serta kemahiran digital, transformasi NGO, dan program melibatkan crowdfunding untuk kementerian, agensi, syarikat swasta dan awam serta universiti dan sekolah.

Sementara itu, SOLS Edu pula menawarkan kursus percuma yang mengajar kemahiran Bahasa Inggeris yang boleh diguna pakai untuk tujuan sekolah, universiti dan perniagaan. Pada masa yang sama, SOLS juga telah mewujudkan dirinya sebagai tempat penyediaan pekerjaan dan pendidikan digital untuk kumpulan Orang Asli dan golongan B40.

Mengulas mengenai project terbaharu MetaBoost, SOLS memaklumkan program yang diperkenalkan ini akan diajar oleh jurulatih MetaBoost yang bertauliah.
Terdapat 4 modul yang meliputi cara mewujudkan kehadiran perniagaan atas talian, menggunakan Facebook bagi meningkatkan kesedaran, bermula dengan META perniagaan suite serta menjangkau khalayak melalui Facebook yang diperibadikan.

Selain daripada latihan secara dalian talian, latihan secara bersemuka akan bermula pada suku pertama 2023 di tujuh negeri termasuk terdiri Johor, Pulau Pinang, Sabah, Sarawak, Kelantan dan Pahang.

Difahamkan program ini bakal dikendalikan oleh lebih 100 individu berpengalaman dari lebih 20 negara. Ketahui lebih lanjut mengenai MetaBoost dengan klik di sini.