Apa yang menarik tentang negara-negara Eropah ialah kemampuan mereka mengekalkan seni bina bangunan walaupun sudah berusia berpuluh-puluh tahun mahupun beratus-ratus tahun seperti di Moscow, Rusia.
Di bawah tanah di Moscow, terdapat pelbagai seni bina untuk pelancong lihat iaitu Metro Moscow. Seorang jurugambar David Burney telah diberi kebenaran untuk mengambil gambar stesen-stesen ini selepas waktu operasi. Beliau menamakan siri foto stesen ini sebagai “Russia: A Bright Future”.

Metro Moscow yang dibuka pada 1935 direka sebagai salah satu projek propaganda Soviet. Rekaan yang berkongsepkan mewah sengaja dibuat untuk menggambarkan masa hadapan yang cerah untuk empayar Soviet. Kebanyakan stesen ini memaparkan pemimpin Soviet seperti Lenin dan lukisan dinding dengan elemen-elemen propaganda seperti Homo Sovieticus.
Avtovo Metro Station, St. Petersburg
Mayakovskaya Metro Station, Moscow
Kiyevsskaya Station, Moscow
Arbatskaya Metro Station, Moscow
Elektrozavodskaya Metro Station, Moscow
Kiyevsskaya Metro Station (east), Moscow
Sokol Metro Station, Moscow
Nowoslobodskaja Metro Station, Moscow
Taganskaya Metro Station, Moscow
Komsomolskaya Metro Station, Moscow