Mi kolok ini merupakan mi kering yang dihidangkan dengan sup dan sambal kicap yang biasa terdapat di negeri Sarawak.
Kalau anda berada di Sarawak pasti biasa terjumpa mi kolok ini di kedai-kedai.

Tapi kepada mereka yang tinggal di Lembah Klang, anda tak perlu pergi ke Sarawak untuk menikmati mi kolok ini.
Restoran Dapur Sarawak yang terletak di Jalan Sarikei menyediakan pelbagai makanan Sarawak yang pasti memikat hati anda.
BACA: Nasi Ayam Kampung Madoo, Putrajaya Lain Daripada Yang Lain
Senang nak mencari restoran ini kerana ianya terletak betul-betul di hadapan Hospital KPJ Tawakkal.
Susunan dalaman restoran ini simple namun terdapat ciri-ciri negeri Sarawak ditonjolkan menjadikan suasana di dalam restoran menarik.
Antara menu yang menarik terdapat di restoran ini ialah mi kolok, laksa sarawak, nasi aruk dabai, bihun belacan, cucur pusuk, dan bermacam-macam lagi menu yang sukar kita dapat nak cari di Lembah Klang ini.
Kalau anda nak dapatkan kek lapis Sarawak juga terdapat di restoran ini.
Menu yang kami cuba ialah laksa Sarawak dan mi kolok. Memang kami tak pernah rasa lagi menu ini.
BACA: Mee Tarik Warisan Asli Sungai Besi Memang Padu!
Laksa Sarawak ini menggunakan mi yang halus seperti bihun. Di dalamnya terdapat kuah berupa kari, hirisan telur dadar, udang dan isi ayam.
Laksa Sarawak ini juga disediakan dengan hirisan limau kasturi dan sambal tumis.
Kepada yang nak rasa pedas dan masam sedikit boleh tuangkan penambah perisa ini.
Lihat hasil selepas kami tuang sambal pedas.
Rasanya agak serupa dengan mi kari. Penuh lemak dan lazat. Cuma kurang pedas sebab masakan Sarawak memang kebanyakan tidak pedas.
BACA: The Farm Satay & Grill Alam Damai, Cheras Tempat Wajib Pergi Penggemar Makanan Western
Menu seterusnya ialah signature dish restoran ini iaitu mi kolok special.
Ia dihidangkan dalam mangkuk berisi mi, hirisan daging dan ayam, serta udang. Mi yang digunakan adalah seperti yee mee kerana bentuknya bergulung-gulung.
Turut disertakan sekali ialah sup berisi tauge. Nak pedas sikit boleh tambah sambal kicap.
Inilah rupa mi kolok yang sudah dicampur dengan sup. Rasanya memang sedap macam makan bihun sup.
Kami layan sirap selasih sambil menikmati makanan ini. Sedap!
Kalau teringin nak rasa masakan Sarawak bolehlah ke restoran ini seperti info di bawah.
Nama restoran : Restoran Dapur Sarawak
Lokasi : 19, Jalan Sarieki Off Jalan Pahang, Kuala Lumpur (waze)
Layari laman Facebook Page kedai ini.
Waktu beroperasi : Isnin – Ahad 10:00 am – 10:00 pm
BACA: Red Wok Restoran, Bangi Hidangkan Makanan Steambot Untuk Seisi Keluarga
BACA juga: Jom Makan: Aplikasi Bantu Cari Tempat Makan Di Malaysia