Nama pelakon, Mia Sara menjadi bualan netizen apabila video yang menunjukkan Mia berpakaian ketat dan menari bersama rakannya tular di media sosial.

Video terbabit mendapat pelbagai reaksi netizen dan rata-rata netizen meluahkan rasa terkejut serta tidak menyangka individu dalam video itu adalah Mia Sara sekaligus berasa kecewa melihat imejnya kini.

Baca Juga:

https://www.tiktok.com/@alujoker/video/7143238627345157403?is_from_webapp=1&sender_device=pc&web_id=7139801178280494594

Bukan itu sahaja, para netizen beranggapa bahawa Mia salah pilih kawan sehingga imejnya yang sopan itu kini perlahan-lahan bertukar. Menerusi laporan, Mia enggan ditemu bual dan mengelak bertemu dengan media ketika menghadiri program sempena sambutan Hari Malaysia di Dataran Merdeka semalam.

Malah, Mia juga terlebih dahulu mendekati jurufoto dan tidak membenarkan wajahnya dirakam melainkan hanya untuk tujuan jenama yang dihadirinya itu. Mia juga tidak mahu mengulas isu yang muncul dengan tidak berjumpa dengan pihak media.