Setiap individu yang berkahwin pastinya mahu mengelakkan daripada terlibat dengan maksiat dan sebagainya. Malah, sudah menjadi tanggungjawab buat suami dan isteri.
Dalam pada itu, masih terdapat segelintir pasangan yang memilih cara yang bertentangan daripada ajaran agama.

Terbaharu, tular sebuah Group Sewa Isteri Orang Di Facebook yang dikhuatiri menjadi platform buat golongan suami isteri bertukar-tukar pasangan.
Kearah akhir zaman pic.twitter.com/PxfmH8B53V
— MALAYSIA MOST VIRAL (@MALAYSIAVIRALLL) February 24, 2024
Lebih mengejutkan, Facebook Group ini sudah berjaya mengumpulkan lebih 20,000 ahli dalam tempoh yang singkat. Malah, para netizen turut terkejut terdapat kumpulan yang berminat dengan Facebook Group seperti ini.
Nauzubillahminzalik.. jauhkan lah kami dan keluarga kami dari perkara2 seperti ini Ya Allah. Peliharalah kami dari segala kemungkaran. 🤲🏻 https://t.co/RRtV7iNSXB
— Nanafas (@HazwanMrs) February 24, 2024
Ada group FB mcm tu. Setenat itu orang kita sekarang ye. https://t.co/1hm0ewu1q2
— Kipas (@CT_Voter) February 24, 2024
The world is sick. Scary as hell https://t.co/62vJG9kkUX
— anya forger (@lurvelyintan) February 24, 2024
Berdasarkan semakan, Group Sewa Isteri Orang ini tidak aktif. Wujudnya Group ini tidak mustahil terdapat kumpulan yang melakukan aktiviti yang sama di platform-platform lain seperti di Telegram dan sebagainya.