Baru-baru ini Jabatan Pengangkutan Jalan Negeri Melaka (JPJ Melaka) menahan sekumpulan remaja bermotosikal yang telah melakukan pelbagai kesalahan jalan raya.

Ketiga-tiga remaja itu ditahan semasa anggota JPJ Melaka membuat rondaan di sekitar kawasan Rehat & Rawat Jejantas Ayer Keroh menghala ke Selatan.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Baca Juga:

Antara kesalahan paling ketara kelihatan adalah ketiga-ketiga motosikal itu menggunakan nombor plat tidak mengikut spesifikasi dengan bertulis – ‘LANGEK 43100’.

Menurut hantaran FB JPJ Melaka, kumpulan remaja itu turut dikesan membuat kesalahan tiada lesen memandu, pengubahsuaian swingarm, tiada brek belakang dan lain-lain kesalahan teknikal.

“Masyarakat terutamanya yang mempunyai anak remaja diingatkan supaya tidak membenarkan anak menunggang motosikal tanpa lesen.

“Pastikan motosikal tidak berlaku sebarang pengubahsuaian supaya keselamatan pengguna jalan raya yang lain boleh dipelihara dan ketenteraman masyarakat tidak terganggu,” kata JPJ Melaka.

Dalam pada itu, JPJ Melaka mengingat pengguna jalan raya bahawa mempamerkan (atau memasang) nombor plat tidak mengikut spesifikasi, kotor, kabur atau fancy adalah menjadi satu kesalahan.

Jika disabitkan kesalahan, boleh dikenakan kompaun atau saman maksima sehingga RM250.00 di bawah kaedah-kaedah kenderaan motor (KKKM) 1959.

Sebarang maklumat atau aduan berkaitan boleh disalurkan melalui aplikasi e-Aduan@jpj atau kepada jpj.spab.gov.my berserta butiran pengadu dan butiran aduan.