Sebelum ini, kisah disebalik gadis cantik memakai baju banduan pernah tular di media sosial. Kini, seperti menjadi ‘trend’ di TikTok apabila pesalah di mahkamah menjadi bualan ramai.

Bagi anda yang memiliki TikTok, pasti anda sudah melihat beberapa video yang menunjukkan jejaka kacak di mahkamah dimana telah menunjukkan reaksi terkejut apabila hukuman dibacakan oleh hakim pada April 2021.

https://www.tiktok.com/@cameronherrin_/video/6980230175543905537

https://www.tiktok.com/@ror1_1/video/6980335809572490497

Melihat ke video-video yang dihasilkan segelintir pengguna TikTok berkaitan jejaka tersebut, rata-rata mengatakan jejaka itu patut diberikan peluang kedua kerana wajahnya yang kacak. Bukan itu sahaja, ada juga yang ‘romanticise’ lelaki tersebut dengan mengikuti trend ‘I fall in love with criminal’.

Untuk pengetahuan anda, lelaki tersebut iaitu Cameron Herrin dijatuhkan hukuman penjara selama 24 tahun kerana telah menyebabkan dua orang terbunuh ketika berlumba kereta pada tahun 2018 yang lalu.

Herrin yang ketika itu berusia 18 tahun baru pulang dari gym dan berlumba kereta bersama rakannya di Florida dengan kelajuan mencecah 100mph sebelum melanggar seorang wanita dan bayi yang sedang bersedia untuk menyeberang jalan.

Lantaran video Herrin yang tular di media sosial, ada juga yang berpendapat bahawa tidak wajar untuk ‘romanticise’ Herrin kerana beliau penjenayah dan harus dihukum atas jenayah yang dilakukan.

https://twitter.com/IBCIG/status/1411196166956404739

https://twitter.com/FauzaniFuzi/status/1411218704138850304

Malah, ada juga berpendapat bahawa mereka yang mahu Herrin diberikan peluang kedua untuk berfikir dari pihak keluarga mangsa yang kehilangan orang tersayang disebabkan tindakan Herrin berlumba kereta mengakibatkan kematian. Dalam perkembangan terbaharu, Herrin dikatakan akan membuat rayuan atas keputusan pihak mahkamah.

Mahkamah rayuan telah bersetuju untuk mendengar hujah usul rayuan. Sekiranya mereka mengabulkan permintaan pembelaan, Herrin akan diberikan sidang hukuman baru dan pihak pendakwa akan meminta keluarga mangsa memberi keterangan sekali lagi.

Tahukah anda kisah disebalik wanita berpakaian banduan yang pernah tular sebelum ini? Klik pautan di bawah untuk ketahui lebih lanjut.

Cantik Tetapi Psiko, Kisah Di Sebalik Gadis Berbaju Penjara Yang Tular Di Media Sosial

Kenali Khaby Lame, TikToker Yang Berjaya Buat Orang Ramai Terhibur Dengan Hanya Mimik Muka