Dengan perang yang berterusan di antara Palestin dan Israel, Kementerian Pendidikan Malaysia (MOE) baru-baru ini mengumumkan bahawa sekolah di seluruh negara akan mengadakan Minggu Solidariti Palestin dari 29 Oktober hingga 3 November 2023.
Program itu bertujuan untuk menunjukkan pendirian kerajaan bagi terus mempertahankan hak dan kebebasan rakyat Palestin di tengah-tengah konflik yang semakin memuncak.
Baca Juga:
- ‘Saya Bersama Palestin Dan Dah Buang Patung Itu’ – Syamimia Mohon Maaf Atas Kekhilafannya
- Dr Zulkifli Kagum Tengok Kanak-Kanak Turut Bersolidariti Ke Atas Palestin Melalui Permainan Roblox
Bagaimanapun, keputusan mengadakan minggu solidariti di sekolah dan melibatkan murid sekolah bawah umur mendapat kecaman segelintir pihak yang mendapati ia tidak wajar.
This is one of the reason we objected to this idea by this Madani government to hold so called Solidarity with Palestine in schools. Are we training Jihadis now in our schools? What's with the weapons and all? Looks like the teacher is pretty proud of herself. pic.twitter.com/WlfomdUJBo
— Siti Kasim (@sitikasim) October 27, 2023
Ini selepas tular beberapa video yang menunjukkan pelajar sekolah membawa replika senjata api dengan pakaian seragam seperti seorang pejuang jihad.
Siti Kasim, aktivis dan juga seorang peguam menyuarakan rasa kurang senang beliau dengan situasi tersebut. Sambil mempersoalkan adakah kewajaran program seperti ini dilakukan di sekolah.
Beliau juga mempersoal Menteri Pendidikan Fadhlina Siddiq dan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim dan bertanya sama ada mereka gembira bahawa “kanak-kanak dan guru sedang menggalas senjata”?
Bagaimanapun, Perdana Menteri telah mengeluarkan kenyataannya dan menjawab kegusaran masyarakat awam.
Beliau turut menegaskan bahawa kerajaan perlu mengawal program Minggu Solidariti Palestin di sekolah-sekolah.
“Kita kena kawal ini. Kami membincangkan perkara ini dalam mesyuarat Kabinet. Kami menggalakkan sekolah melakukan ini (tunjukkan solidariti) tetapi kami tidak memaksa mereka.
“Kedua, kita perlu mengawalnya supaya ia tidak menjadi masalah,” katanya seperti yang dilaporkan FMT.