Sebab kita menggunakan perkhidmatan penghantaran adalah bagi memudahkan urusan seharian tetapi kini lain pula jadinya

Walaupun sudah dibayar caj servis penghantaran yang mana meliputi sampai ke pintu rumah, masih wujud segelintir rider yang bersikap pentingkan diri sendiri dan hanya meninggalkan bungkusan di peti surat.

Menerusi satu tangkap layar yang dikongsikan di grup Facebook Grab Food Rider Community Malaysia – GRCM, seorang pengguna meluahkan rasa bengang dengan sikap seorang rider yang enggan menghantar bungkusan ke depan rumah pelanggan.

“Tolong hantar depan rumah ye, jangan letak dekat mailbox, hilang,” minta pelanggan itu kepada rider.

Sudah diminta dengan nasa berbudi bahasa walaupun realitinya itu memang kerja hakiki mereka, rider itu dengan tanpa rasa serba salah menjawab dia malas untuk berbuat sedemikian.

Yang lebih mengeruhkan keadaan, pelanggan itu sudah berulang-kali menemui rider yang sama, didakwa memang pemalas dan biadap dengannya.

Minta Hantar Ke Rumah Takut Hilang, Respon ‘Malas’ Daripada Rider Ini Buat Ramai Bengang
Sumber Gambar: FB

Perkongsian tersebut langsung meraih perhatian ramai dan rata-ratanya meluahkan rasa bengang dengan sikap segelintir rider yang memang malas untuk menghantar pesanan bungkusan sehingga ke pintu rumah pelanggan.

“ Bukan mmg policy door to door ke? Unless mmg guard x bgi masuk tu lain cerita..

Dah kerja nya mcm tu.. kalau malas xpyh jadi rider lah
Tau la fare murah.. tapi dah policy kerja mcm tu.. buat je lah.. kalau dpt customer baik hati suruh letak di bawah atau di guardhouse.. tu kira baik dah. Kalau dia suruh letak depn pintu.. buat je lah dah mmg job description DOOR TO DOOR kan?.

“ Segelintir grabfood ni memang bodoh buat org benci DKT grab sbb perangai drg lah ramai org tk suka org” grab food , Alhamdulillah semua costumer sya apa yg drg mintk atau mintk hantar semua sy turuti walaupun kdg mengeluh tpi kita kna ingat ni kerja kita.

“ Kebanyakkan memang pemalas . Tak di nafikan . Aku pun pernah kena . Tak hantar barang tetiba dah nak kena cancel . Kena pickup dekat pej dia . Weh aku bayar pos kot ! Harap yang malas2 ni Allah buka hati berhenti terus.”

Sementara sebahagian netizen lain pula menasihati individu yang berperangai sedemikian untuk ikhlas melakukan tanggungjawab yang diamanahkan.

“ kau kerja apa apa pun cuba la buat yang terbaik…jangan buat malas cincai

Orang bayar untuk makanan tu mahal tau, boleh jadi makanan tu mak beli untuk anak dia, atau tu je duit dia ada untuk beli makanan haritu.

Jadi manusia, cuba ada timbang rasa dan hormat sesama yang lain.

“ Ayat yang selalu kita hadam…
Bila kita permudahkan urusan orang,
In Shaa Allah, Allah permudahkan juga hal-hal kita.

Ekoran isu itu dilihat sebagau sesuatu yang serius, orang ramai meminta mereka yang pernah berdepan situasi rider enggan hantar sampai ke depan pintu mesti laporkan kepada pihak perkhidmatan pelanggan berkaitan untuk tindakan lanjut.