Seorang pengguna platform X telah tampil memohon maaf secara terbuka selepas tindakannya menyunting pasport Malaysia dan membuang bahagian yang menyatakan pendirian Malaysia tentang negara haram.

Dalam hantarannya sebelum ini, lelaki itu menyatakan bahawa: “Memeriksa passport Malaysia saya sebelum merentasi sempadan dan mendapati ada perkara yang hilang.”

Tindakannya itu dianggap satu kesalahan yang serius. Kerana boleh menimbulkan salah faham awam tentang pendirian Malaysia berkaitan negara haram, sehingga ada pihak menuduh pendirian itu sudah berubah.

Netizen lain berkata: “Dia niat nak bergurau, menyuruh audien mencari apa perkara yang hilang. Ayat:’Passport ke seluruh duna kecuali negara haram’ tu, lepas tu dia akui itu cuma fake.

“Netizen marah dia persendakan pasport Malaysia, jadi dia pun padam hantaran tersebut.

Netizen beranggapan bahawa lelaki itu telah mempersendakan perkara yang sensitif.

SS1
Foto: X

Kemudian netizen yang lain berkata:  “Walau apa pun alasan kamu untuk mengatakan ini palsu atau sekadar gurauan, sebenarnya tidak  kelakar.

“Ia jelas merupakan satu cubaan untuk mengganggu ketenteraman awam, menimbulkan ketakutan dan niat jahat terhadap Kerajaan Malaysia.

“Pasport kita tertera nama Yang di-Pertuan Agong yang membolehkan kita melintasi sempadan, bukan untuk konten bodoh kamu.

Yang lain mengingatkan lelaki tersebut bahawa, sebarang kelakuan cuba mengubah atau menyunting dokumen rasmi adalah satu kesalahan. Netizen tersebut turut membuat perbandingan mudah, jangan kata sunting passport, sunting sijil cuti sakit atau  MC pun dianggap kesalahan serius.

Lelaki tersebut kemudian tampil membuat permohonan maaf. Dia berkata: “Saya nak minta maaf sebab memang saya tak fikir masa buat posting.

“Aku delete dahulu 2 tweet tersebut, bila tengok balik dah faham kemarahan yang ia boleh mengundang fitnah untuk buat lawak tentang perkara sensitif.