Umum mengetahui bahawa telefon pintar antara barang yang dilarang dibawa oleh pelajar ke sekolah. Bagi yang melanggar peraturan sekolah, telefon pintar anda akan dirampas oleh pihak sekolah.
Begitulah yang terjadi kepada adik pengguna Twitter @NurNazuwa dan menerusi perkongsiannya, dia berang dengan respon diberikan oleh guru yang merampas telefon pintar adiknya di sekolah.
Aku keep call cikgu babi ni tau. Tengok cikgu bodoh ni kata apa? pic.twitter.com/NQWtHStfXv
— Wawerrr (@NurNazuwa) May 1, 2022
Menerusi perkongsiannya, dia berkongsi tangkap layar perbualan adiknya bersama cikgu itu menggunakan aplikasi WhatsApp milik ibunya. Dapat dilihat bahawa adiknya telah mengakui kesilapannya dan meminta agar dapat mendapatkan telefon pintar miliknya semula.
Akan tetapi, guru itu menggunakan tiket ‘agama’ dalam menjawab permintaan adiknya. Kemudian, ibunya telah mesej guru tersebut dan juga meminta untuk mendapatkan kembali telefon pintar tersebut.
Perkongsian tersebut mendapat perhatian orang ramai dan mengundang pelbagai reaksi netizen. Segelintir netizen berpendapat bahawa hal ini boleh diselesaikan secara baik-baik apabila ibu bapa berjumpa sendiri dengan guru tersebut.
Kinda torn in this matter tbh. I’m always respectful towards teachers tapi memang tak boleh dinafikan sesetengah cikgu sangatlah entitled and a jerk who won’t tolerate no matter how petty the issues are. https://t.co/Vj1fzVjKur
— Dojima (@AzaharulAzwan) May 3, 2022
https://twitter.com/awhjoy/status/1521331703843008513
Benda mcm ni kan, kita tak boleh smakan dgn zaman kita. Zaman kita mana ad ws, tele smua. Zaman skg, ramai cikgu suka bg announcement kat tele, ws. Zaman skg dah mls nak bg2 surat yada2. Jdi, isi fone ni kena di review blik. Masih relevan or tak. https://t.co/JktctecshZ
— Apple Cheeksbom 🍎 (@APPLE_CHEEKSBOM) May 3, 2022
langkah utk mintak semula phone yg dirampas:
1. Bagitau mak ayah
2. Ceritakan perkara sebenar(ni budak2 jarang lepas. takut kena marah aan)
3. Mak ayah pergi sekolah jumpa guru disiplin
4. Bincang elok2. bagitau salah dan silap
5. insyaAllah dapat semula
6. Wajib jujur https://t.co/r83cdkV5Yg— alyfarfadelle (@ayippsay) May 3, 2022
Da salah sendiri lepastu nak melenting ek. Siapa suruh TERbawa pergi sekolah? Cikgu da rampas tu, pergila minta elok elok. Bawa mak ayah datang sekolah. Benda boleh bincang dengan penuh adab nak juga guna cara biadap. Lepastu pertikaikan secara publik. Kau yang bodo, dek. https://t.co/Z5XhrSYOcz
— Ell. (@nraslsrmn) May 4, 2022
Malah, ada juga netizen mengatakan bahawa membawa telefon pintar ke sekolah merupakan satu kesalahan dan perlulah akur dengan peraturan sekolah. Tidak hanya itu, segelintir netizen juga menegaskan bahawa semua sekolah memiliki prosedur dan perlu dipatuhi.
Akan tetapi, netizen turut terkedu dengan jawapan guru itu yang seperti menggunakan agama dan kurang beradab. Malah, segelintir netizen juga mengatakan bahawa ketika ini telefon bimbit penting untuk kemudahan semua orang termasuk pelajar sekolah seperti mahu menghubungi ibu bapa dan sebagainya.
Sementara itu, kami kongsikan beberapa artikel yang sedang ‘trending’ di The Vocket pada pautan di bawah ini.
‘Hari Raya Yang Menyedihkan’ – Wanita Ini Sedih Baju Raya RM20,000 Rosak Terkena Kuah Sate
Pemilik BMW Dedahkan Pemandu Preve Putar Belit Laporan Polis Demi Dapatkan Pampasan Insurans
‘Rasa Gugur Jantung’ – Lelaki Ini Tergamam Rugi RM30,000 Kena Scam Dengan Syarikat Pembersihan