Pengarah Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Sembilan (JHEAINS), Datuk Mohd Asri Abdullah menyatakan seorang wanita berusia 27 tahun ditahan di Kuala Pilah semalam, selepas wanita itu dipercayai tidak menghormati bulan Ramadan menerusi siaran langsung di akaun TikTok.
Wanita tersebut disiasat di bawah Seksyen 50 Enakmen Jenayah Syariah Negeri Sembilan 1992 atas kesalahan menghina atau mencela agama Islam, petik Berita Harian.
Baca Juga:
- Konten Tidak Berpuasa Semakin Menjadi Jadi: ‘Biadap Tidak Menghormati Bulan Ramadan’

- Dua Remaja Tanpa Segan Buat ‘Live Stream’ Makan Di Waktu Pagi Bulan Puasa

- Netizen Akui ‘Bernanah’ Telinga Dengar Lagu Raya Influencer Yang Mencabar Kesabaran Di Bulan Puasa

@xtra_my Satu siaran langsung di TikTok mencuri perhatian apabila seorang wanita dilihat minum dan makan pada waktu siang ketika bulan Ramadan ini. Individu berkenaan menjelaskan bahawa dia sedang berpantang, namun tindakan mempamerkan perkara tersebut secara terbuka tetap mengundang pelbagai reaksi netizen. #fyp #xtra #wanita #takpuasa #sensitiviti Sumber: sfeaqsra P/s: Video ini bukan milik XTRA dan kredit telah diberikan kepada pemilik asal. Jika anda ingin kami menurunkan video tersebut, sila hantarkan DM kepada kami dengan segera. Terima kasih!
“Semasa siaran langsung itu, individu berkenaan didapati secara terbuka makan dan minum.
“Wanita itu berinteraksi secara langsung dengan pengikutnya kira-kira 6.45 petang,” katanya dalam satu kenyataan.
Sehubungan itu, Mohd Asri menasihati orang ramai khususnya umat Islam supaya lebih peka terhadap sensitiviti agama serta memuliakan Ramadan dengan mengamalkan sikap dan tingkah laku terpuji selaras dengan tuntutan agama Islam.