Peminat Manchester United menganggap rekaan baharu stadium Manchester United mirip khemah sarkas.

Seperti dijanjikan Manchester United mengumumkan perancangan baharu mereka tentang stadium untuk Manchester United pada Selasa.

Stadium terbaik di dunia

Manchester United telah mengumumkan rancangan untuk membina stadium baharu berkapasiti 100,000 yang dianggap pemilik bersama Jim Ratcliffe akan menjadi stadium bola sepak “terbaik di dunia”.

Manchester United Bakal Tinggalkan Old Trafford, Pindah Ke Stadium Kapasiti 100,000

Keputusan oleh kelab Liga Perdana itu dibuat selepas proses perundingan yang meluas sama ada untuk membangunkan stadium bersejarah Old Trafford mereka yang sedia ada atau membina stadium baharu berdekatan.

ten Hag rindukan
Kredit Foto: REUTERS/Molly Darlington/

United kini telah mengesahkan hasrat mereka untuk meneruskan pembinaan stadium baharu 100,000 tempat duduk sebagai pusat penjanaan semula kawasan Old Trafford. Kelab berharap projek itu akan siap dalam masa 5 tahun.

Permulaan era baharu

Model berskala dan imej konsep tentang bagaimana Old Trafford baharu dikeluarkan oleh kelab dan turut dikongsikan oleh firma arkitek Foster + Partners London, yang dilantik pada September untuk membentu rekaan stadium baharu.

“Hari ini menandakan permulaan perjalanan yang sangat menarik untuk menyampaikan stadium yang akan menjadi stadium bola sepak terhebat di dunia, di tengah-tengah Old Trafford yang dijana semula,” kata Ratcliffe.

Jim Ratcliffe
Sir Jim Ratcliffe

“Stadium kami sekarang telah berkhidmat dengan cemerlang selama 115 tahun yang lalu, tetapi ia telah ketinggalan di belakang arena terbaik dalam sukan dunia.”

Ratcliffe berkata dengan membina di sebelah tapak sedia ada, kelab itu akan dapat “memelihara intipati Old Trafford, sambil mencipta stadium yang benar-benar canggih yang mengubah pengalaman peminat hanya beberapa langkah dari markas bersejarah kami”.

Kelab itu berkata stadium dan projek penjanaan semula yang lebih luas berpotensi untuk memberikan tambahan £7.3 billion setahun kepada ekonomi UK, termasuk kemungkinan mewujudkan 92,000 pekerjaan baharu.

Sir Alex Ferguson teruja

Perpindahan ke tempat baharu telah disokong oleh bekas pengurus Manchester United, Alex Ferguson, yang memenangi 13 gelaran Liga Perdana Inggeris sepanjang tempoh pemerintahannya lebih 26 tahun.

Alex Ferguson
Kredit Foto: REUTERS/Phil Noble

“Manchester United harus sentiasa berusaha untuk yang terbaik dalam semua yang dilakukannya, di dalam dan di luar padang, dan itu termasuk stadium tempat kita bermain,” kata Ferguson.

“Old Trafford menyimpan begitu banyak kenangan istimewa untuk saya secara peribadi, tetapi kita mesti berani dan merebut peluang ini untuk membina rumah baharu, sesuai untuk masa depan, di mana sejarah baharu boleh dibuat.”

Sebastian Coe, yang mempengerusikan pasukan petugas itu, berkata Selasa “menandakan satu langkah penting ke hadapan dalam apa yang saya yakin boleh menjadi projek penjanaan semula bandar terbesar dan paling menarik di UK sejak Sukan Olimpik London 2012.”

United berharap stadium itu dapat dibina dalam tempoh lima tahun.

Mirip khemah sarkas

Di ruangan komen ramai yang teruja dan ada juga yang menganggap rekaan khemah tersebut mirip kepada khemah sarkas.

“Mirip sekali,” tulis seorang peminat yang menganggap ia memang mirip khemah sarkas.

Ada yang kurang setuju kerana rekaan seperti mirip khemah sarkas. Dan menyatakan bahawa rekaan tersebut jelas mewakili hasrat Glazers dan INEOS mahu menjadikan kelab mereka sebagai sarkas.

Begitu juga dengan Mark Goldbridge yang menganggap rekaannya memang mirip khemah sarkas. Dan dia menyatakan sesuailah dengan cara kelab mereka sedan beroperasi ketika ini.

Yang lain menganggap rekaannya mirip kelambu untuk mengekang penularan malaria.

Ramai yang suka

Walaupun ramai yang mempersendakan rekaan stadium baharu mirip khemah sarkas, namun ramai juga yang membidas golongan yang dianggap toksik tersebut.

Salah seorang peminat berkata: “Rekaannya unik dan kita bakal memiliki stadium paling canggih di dunia, itu pun masih ramai bising.”

Yang lain berkata: “Walaupun ramai mengecam cakap mirip khemah sarkas, namun bagi saya ianya sangat cantik dan memukau pada sekilass pandangan. GGMU.”

Sir Jim Ratcliffe benar benar serius mahu membangunkan semula stadium Manchester United yang baharu. Inilah antara sebab INEOS banyak membuat pemotongan kos operasi kelab. Termasuk membuang ratusan staf serta menutup kantin staf.

Seterusnya, United juga sedang berusaha untuk menjual dan melepaskan beberapa pemain yang dianggap terlalu tinggi gaji namun tidak ada impak pada kelab.

Kegagalan rekrut pemain di masa lalu dianggap punca skuad United sekarang lemah, menurut Sir Jim Ratcliffe.