Bagi membantu pelajar yang tidak berkemampuan dalam isu kewangan, model dan selebriti Malaysia Miss PuiYi telah melancarkan dana biasiswa untuk membantu mereka mengejar impian kerjaya.

Diumumkan di dalam satu video yang dimuat naik di laman Instagram miliknya, Miss PuiYi berkata bahawa dia tidak pernah diberi peluang untuk memenuhi impiannya untuk menjadi pakar bedah disebabkan masalah kewangan.

Baca Juga:

“Saya tidak dapat mengejar impian saya untuk menjadi seorang pakar bedah kerana banyak faktor seperti dana yang tidak mencukupi untuk pengajian saya, keluarga saya tidak berkemampuan, dan saya tidak dapat mencari bantuan biasiswa pada masa itu.

“Sebagai seorang gadis yang berasal dari latar belakang yang kurang bernasib baik, saya sentiasa berharap agar saya mendapat bantuan kewangan tambahan supaya saya dapat melanjutkan pelajaran,” katanya.

Disebabkan itu, Miss PuiYi berkata bahawa dia gembira untuk membantu mereka yang memerlukan untuk mengejar cita-cita.

“Kini saya dapat mampu untuk membuat perubahan, [jadi] saya ingin memberi kembali kepada masyarakat dengan memulakan biasiswa ini kepada pelajar yang paling memerlukannya,” katanya.

Dana Biasiswa Cik PuiYi, yang merupakan usaha bersama Yayasan Educapital, akan menawarkan sejumlah USD$1 juta (RM4,384,000) kepada pelajar kurang berkemampuan dari seluruh dunia yang ingin merealisasikan impian akademik mereka.

Di bawah tabung itu, setiap pelajar akan diperuntukkan USD$1000 (RM4,384) untuk mengikuti mana-mana bidang akademik.

Selain itu, mereka juga akan diberikan akses kepada geran kewangan semasa tempoh pembelajaran mereka dan geran permulaan perniagaan selepas tamat pengajian.

Pemohon yang berminat boleh menghantar borang ke laman web berikut: https://mspuiyischolarship.com/