Joanna Joseph baru sahaja dinobatkan sebagai Miss Selangor Earth 2016.
Siapa sangka di sebalik kecantikannya sekarang Joanna menyimpan satu kisah yang mendalam.
Daripada FB Miss Selangor Earth 2016, Joanna berkongsi:
Setiap hari saya mendapat pengikut baru yang bertanyakan tentang diri saya dan apa saya buat. Jadi inilah cerita saya. Sekarang saya sedang mengambil diploma TESL di MSU, Shah Alam.
Tetapi di samping itu, saya juga suka memberi motivasi dan inspirasi kepada orang ramai.
Dahulu saya tidak mempunyai matlamat hidup.
Dahulu saya pernah dibuli setiap hari oleh kawan-kawan sendiri kerana mempunyai berat badan berlebihan dan kelihatan hodoh di mata mereka.
Saudara mara saya sendiri membuat hidup saya sengsara.
Saya dibelenggu ‘neraka’ daripada umur saya 12 sehingga 16 tahun, sehingaa akhirnya saya mengambil keputusan untuk mengubah nasib sendiri.
Saya terpaksa berusaha keras dan berkorban banyak benda untuk berdiri di mana saya berada sekarang.
Bapa saya dan Justin adalah satu-satunya pihak yang memberi sokongan untuk saya terus berusaha.
Apabila saya nampak perubahan diri, saya mula sukakannya.
Ia adalah hasil kerja keras di gim, pemakanan sihat, tanpa segala ubat-ubatan.
Ibu saya pernah mencuba pelbagai jenis pil untuk menguruskan berat badan dan saya lihat beliau menderita setiap hari kerana tidak boleh makan. Saya mengambil keputusan untuk membuktikan mengurangkan berat badan boleh dilakukan tanpa ubat-ubatan, dan kini saya menikmati hasilnya.
Saya pergi ke gim setiap kali saya mahu, saya makan sesihat yang boleh, dan sudah tentu, memberi inspirasi kepada anda semua untuk bekerja keras dan terus push yourselves.
Jika saya boleh lakukan, kenapa tidak anda? Buktikan kepada orang di sekeliling, anda adalah lebih bernilai daripada apa yang mereka sangkakan.
Anda boleh DM saya berkenaan senaman dan nutrisi makanan. Saya mungkin ambil sedikit masa untuk balas, tetapi saya selalu balas.
Have a good day you guys.