Kehilangan Puteri Wales, Kate Middleton, menjadi topik perbualan sehingga mencetuskan kontroversi dan teori konspirasi beberapa bulan kebelakangan ini.
Kate Middleton kali terakhir dilihat pada Krismas tahun lalu, dan sejak itu, keberadaannya menjadi misteri.
Pelbagai spekulasi dan teori konspirasi timbul, menambahkan lagi kerumitan disebalik kejadian ini.
Berikut adalah kronologi disebalik hilangnya Kate dari khalayak umum.
25 Disember: Penampilan terakhir Kate Middleton di tempat awam adalah pada Krismas tahun lalu, bersama Putera William dan tiga anak mereka.
Three inspiring people making a real difference to the lives of young people.
It was so lovely to join Rico, Arwyen, Jenson, Poppy, Henry and George for a special surprise celebration for the people in their lives who have helped shape them. Russell, Ray and Brenda, it was a… pic.twitter.com/fqgRQOp7Nf
— The Prince and Princess of Wales (@KensingtonRoyal) December 23, 2023
16 Januari: Kate tiba-tiba dikhabarkan telah menjalani pembedahan perut tanpa notis awal dari Istana Buckingham.
17 Januari: Pada hari yang sama, Istana mendedahkan Raja Charles menjalani pemeriksaan perubatan dan disahkan menghidap kanser.
A statement from Kensington Palace pic.twitter.com/6h3BCrqj5L
— The Prince and Princess of Wales (@KensingtonRoyal) January 17, 2024
Sementara itu, pihak Istana menyatakan Kate telah berjaya menjalani pembedahan perut dan akan berada di hospital selama dua minggu. Mereka juga tidak memberikan butiran lanjut mengenai pembedahan atau penyakit Kate.
Kensington hanya menyatakan bahawa Puteri Wales hanya akan kembali bertugas selepas Paskah 2024. Paskah tahun ini jatuh pada 31 Mac.
Beberapa konspirasi telah muncul sejak pengumuman awal kerana perbezaan butiran yang diberikan antara Kate dan King Charles.
28 Januari: Dakwaan muncul bahawa Kate berada dalam keadaan koma dan memerlukan campur tangan pakar untuk menyelamatkan nyawanya, tetapi Istana Kensington menafikan dakwaan itu.
29 Januari: Raja Charles dan Kate diumumkan telah dikeluarkan dari hospital, tetapi ketiadaan gambar terbaru Kate mencetuskan lebih banyak spekulasi.
A statement from Kensington Palace pic.twitter.com/DW6BOHuuRJ
— The Prince and Princess of Wales (@KensingtonRoyal) January 29, 2024
Thank you to all those who have sent their good wishes during The King's hospital stay.
His Majesty is delighted that his diagnosis is having a positive impact on public health awareness. pic.twitter.com/qbaCcwQg5a
— The Royal Family (@RoyalFamily) January 29, 2024
27 Februari: Teori netizen menjadi lebih liar apabila William membatalkan kehadirannya pada penghormatan kepada mendiang Raja Constantine di St George’s Chapel, Windsor atas ‘alasan peribadi’.
Pembatalan secara mengejut amat jarang berlaku untuk keluarga Diraja British, terutamanya apabila mereka menjadi penganjur acara tersebut.
29 Februari: Putera William muncul semula di khalayak ramai, tetapi perhatian umum tertumpu pada kecederaan yang ada di leher dan telinganya.
1 Mac: Khabar angin menjadi lebih menggila apabila netizen mengaitkan pembatalan jadual William pada 27 Februari dan berita bahawa seorang ahli kerabat diraja telah ditemui mati.
Thomas Kingston, suami kepada Lady Gabriella Windsor, ditemui mati pada 25 Februari di usia 45 tahun. Dia meninggal dunia akibat kecederaan di kepala. The Guardian pada 1 Mac juga melaporkan bahawa terdapat senjata berhampiran mayat Kingston.
Bagaimanapun, berita itu sebenarnya membuatkan netizen mengaitkannya dengan situasi William, malah mendakwa bahawa dia terlibat dalam situasi tersebut. Terdapat juga khabar angin bahawa kematian Kingston mempunyai kaitan dengan rumah tangga Kate dan William.
4 Mac: Gambar yang didakwa menunjukkan Kate muncul di media sosial, tetapi kesahihannya tidak dapat disahkan.
It is rather odd that that the car in yesterday's picture of Catherine, Princess of Wales, otherwise known as Kate Middleton, has 6 wheels – 2 of which seem discombobulated. pic.twitter.com/4Co4cbOiu8
— David Kurten (@davidkurten) March 5, 2024
Gambar yang kelihatan kabur itu menunjukkan wanita yang didakwa sebagai Kate, bertutup leher dengan cermin mata hitam besar.
Bagaimanapun, ramai yang tidak percaya itu adalah Kate, terutamanya selepas kehilangan tahi lalat di atas bibir Puteri Wales.
6 Mac: Khabar angin semakin bercampur aduk apabila Gary Goldsmith, bapa saudara Kate, muncul sebagai peserta dalam Celebrity Big Brother. Semasa acara itu, dia ditanya oleh peserta lain tentang keberadaan Kate.
“Saya tidak mahu bercakap tentang itu, ada beberapa jenis kod etika,” jawab Gary Goldsmith. “Jika ia diumumkan kemudian, saya akan memberikan pendapat.”
Bagaimanapun, beliau tidak menyatakan apa yang dimaksudkan ‘ia’.
10 Mac: Istana tiba-tiba memuat naik gambar Kate bersama tiga anaknya di media sosial. Ini adalah tradisi dari tahun ke tahun untuk semasa sampunan Hari Ibu pada 10 Mac di England.
Keterangan pada gambar itu menyatakan Putera William mengambil gambar tersebut untuk mengabadikan detik tersebut. Gambar itu muncul seolah-olah untuk memastikan tiada sesiapa yang meninggal dunia atau bercerai dalam rumah tangga Kate dan William.
Bagaimanapun, tidak lama selepas itu netizen mendakwa terdapat ada sesuatu yang pelik terhadap gambar tersebut. Antaranya adalah hilangnya cincin kahwin Kate dan kebanyakan jari anaknya berada dalam keadaan yang aneh.
Thank you for your kind wishes and continued support over the last two months.
Wishing everyone a Happy Mother's Day. C
📸 The Prince of Wales, 2024 pic.twitter.com/6DywGBpLLQ
— The Prince and Princess of Wales (@KensingtonRoyal) March 10, 2024
Agensi berita juga menarik balik foto yang telah diterbitkan, mengatakan gambar Kate telah dimanipulasi.
AP juga menegaskan terdapat “ketidakkonsistenan dalam penempatan” lengan Charlotte.
“Jika diteliti lebih dekat, nampaknya sumber memanipulasi imej itu,” kata AP.
11 Mac: Kate memohon maaf dan mengaku telah menyunting foto yang dimuat naik ke akaun Instagram The Prince and Princess of Wales pada hujung minggu.
“Seperti mana-mana jurugambar baru, saya kadang-kadang bereksperimen dengan suntingan,” tulis Kate dalam kapsyen.
Like many amateur photographers, I do occasionally experiment with editing. I wanted to express my apologies for any confusion the family photograph we shared yesterday caused. I hope everyone celebrating had a very happy Mother’s Day. C
— The Prince and Princess of Wales (@KensingtonRoyal) March 11, 2024
“Saya ingin memohon maaf di atas kekeliruan gambar keluarga yang kami kongsi semalam,” sambungnya.
12 Mac: Pengacara What Happens Live, Andy Cohen bertanya kepada pelawak British John Oliver persoalan yang bermain difikiran semua orang, “Apa yang berlaku kepada Kate Middleton?”
“Dia berkemungkinan besar meninggal dunia 18 bulan lalu,” jawab Oliver. “Mereka mungkin ‘Weekend at Bernie’s’ dalam situasi ini. Saya tidak mengatakan ia berlaku, saya mengatakan ia tidak mustahil. Sehingga dibuktikan sebaliknya, sehingga kita melihatnya di dada surat khabar.”
Berdasarkan maklumat yang ada, beberapa spekulasi dan teori konspirasi telah muncul dari pelbagai sumber.
- Pembedahan Rahsia: Beberapa teori mencadangkan bahawa Kate mungkin telah menjalani pembedahan yang lebih serius daripada yang diberitahu kepadan umum.
- Kematian atau kecederaan serius: Spekulasi mengenai kemungkinan kematian atau kecederaan serius terhadap Kate telah menjadi perhatian, walaupun tiada bukti konkrit untuk menyokong dakwaan ini.
- Manipulasi media:Terdapat cadangan bahawa beberapa imej yang dikeluarkan oleh Istana telah dimanipulasi, menguatkan syak wasangka orang ramai.
- William curang: Sejak beberapa tahun lalu, terdapat khabar angin bahawa William mempunyai perempuan simpanan iaitu Rose Hanbury. Malah, beberapa sumber mengatakan bahawa dia dan William mempunyai anak.
Sejak beberapa bulan kebelakangan ini, misteri kehilangan Kate Middleton telah menarik perhatian orang ramai dan media sehingga pelbagai spekulasi dan teori konspirasi telah muncul.
Bagaimanapun, sehingga kini, tiada maklumat jelas atau konkrit untuk mendedahkan kedudukan sebenar dan keadaan kesihatan Kate Middleton.