Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI) melaksanakan sekatan import bagi kenderaan import sepenuhnya (CBU) jenama Lamborghini yang berkuatkuasa pada 17 Ogos lalu.

Dalam satu surat bertarikh 18 Ogos kepada Presiden Persatuan Pengimport dan Peniaga Kenderaan Melayu Malaysia (PEKEMA), MITI memaklumkan bermula dari tarikh berkenaan, syarikat yang memiliki permit import (AP) Terbuka tidak lagi dibenarkan mengimport kenderaan CBU kategori baharu Lamborghini.

Nando's
HYPE
Tidak Perlu Ikat Perut, Ini Cara Untuk Anda Jimat Wang Makan Tengahari
Baca lagi →

Manakala hak eksklusif bagi mengimport kenderaan CBU baharu jenama Itali itu hanya dipegang oleh syarikat AP Francais yang telah dilantik oleh MITI sahaja, lapor Berita Harian.

Menurut portal akhbar itu lagi, sekatan berkenaan sebenarnya telah lama dilaksanakan kerajaan, cuma tiada kawalan ketat dan pemeriksaan terperinci dibuat ke atas pemegang AP terbuka yang mengimport kenderaan Lamborghini baharu.

Berita Harian turut menyatakan sekatan berkenaan hanya tertakluk kepada kenderaan baharu sahaja dan pemegang AP Terbuka boleh mengimport kenderaan terbabit selepas 12 bulan daripada tempoh pengeluaran dari kilang di Itali.

Buat masa ini SunAgata Supercars Sdn Bhd (Lamborghini Kuala Lumpur) adalah satu-satunya pemegang AP Francais bagi mengimport jenama berkenaan daripada prinsipal, Automobili Lamborghini S.p.A untuk pasaran Malaysia.

Sebagai contoh, anda perlu membeli menerusi Lamborghini Kuala Lumpur untuk mendapatkan model SSUV terbaharu Lamborghini Urus Performante. Sekiranya mahu membeli model Lamborghini Urus, boleh dapatkan melalui kedai-kedai recond yang diiktiraf dan dipercayai.

* Ikuti VOCKET CAR CLUB melalui Facebook dan Instagram untuk ketahui perkembangan dan isu semasa automotif dari dalam dan luar negara.

Sebanyak 112 buah Lamborghini berjaya memecah rekod ‘Malaysia Book Of Records’ yang pernah dibuat pada 2014. Baca lebih lanjut melalui pautan di bawah.

112 Lamborghini Berjaya Cipta ‘Malaysia Book Of Records’ Baharu

Lebih 100 Buah Lamborghini Akan Berkumpul Untuk Cipta Rekod Baharu Malaysia

Sumber