Sebuah lagi berita gembira diumumkan Kementerian Pelaburan, Perdagangan dan Industri (MITI) di mana negara berjaya meraih pelaburan yang diluluskan berjumlah RM225 bilion bagi tempoh Januari hingga September tahun ini. Pelaburan tinggi yang diterima merupakan pencapaian tertinggi dan terbaik Malaysia sepanjang 10 tahun lepas.

Menurut Menteri MITI, Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz berkata pencapaian itu membuktikan daya tarikan berterusan Malaysia serta keyakinan pelabur terhadap negara ini sebagai sebuah destinasi pelaburan.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →
Sumber: The Star

“Nisbah pelaburan langsung asing (FDI) dan pelaburan langsung domestik (DDI) juga mencatatkan angka yang lebih kurang sama iaitu 56 peratus bagi FDI dan 44 peratus bagi DDI sepanjang sembilan bulan tahun ini,” katanya pada sidang media Pengumuman Kad Laporan MITI 2023 – Setahun Kerajaan MADANI di sini, hari ini.

Jumlah keseluruhan nilai pelaburan komited sepanjang misi pelaburan tahun ini sebanyak RM347 billion iaitu di China (RM170 bilion), Amerika Syarikat (APEC) (RM63 bilion), Abu Dhabi (RM40.6 bilion), Korea Selatan (RM24 bilion), Jepun (RM23.1 bilion); Singapura (RM13 bilion), Brunei (RM5 bilion), Amerika Syarikat (UNGA) (RM4.74 bilion), Itali (RM3.3 bilion), Indonesia (RM300 juta) dan Vietnam (RM5 juta).

Beliau berkata Pameran Halal Antarabangsa Malaysia (MIHAS) 2023 menjadi antara pencapaian yang membanggakan dalam tempoh sembilan bulan itu dengan nilai jualan berjumlah RM3.11 bilion, meningkat 24 peratus berbanding sasaran RM2.5 bilion, di samping mengetengahkan 44 negara pempamer.

Selain itu, MITI kini berusaha untuk memasuki pasaran baharu yang lain seperti Ecuador, Nigeria, Tanzania, Puerto Rico dan Kyrgyzstan bagi memperluas pasaran eksport negara, katanya.

Mengulas lanjut mengenai keutamaan 2024, Tengku Zafrul berkata MITI akan menumpukan kepada usaha mempercepat proses pelaburan dan mencapai sasaran pelaburan ekonomi digital bernilai RM130 bilion pada 2025.

Beliau berkata MITI akan memperhalus dan menambah baik beberapa perjanjian perdagangan bebas (FTA) yang relevan dengan beberapa pihak, terutama dalam sektor digital dan teknologi hijau.

Sumber