Tular satu klip video dashcam memaparkan sebuah kereta dipercayai model Mitsubishi Lancer memotong secara melulu sehingga menyebabkan kerosakan pada kenderaan pengguna jalan raya lain.
Menerusi hantaran video TikTok @_gentazulkefli, ketika dia sedang melalui satu kawasan sempit, tiba-tiba datang sebuah kereta memecut dari belakang Mitsubishi memotong di garisan berkembar.
Baca Juga:
- ‘Ini Semua Salah Lane Hogger’ – Netizen ‘Back Up’ Honda Civic Potong Menyelit
- Tidak Guna Laluan Disediakan, Netizen Kecam Geng Motosikal Seakan ‘Superbike’ Menyelit Di Lorong Tol
- Tidak Lepas Menyelit, Kepala ‘Mat Motor’ Nyaris Digilis Rakan Sekonvoi
Kemudian pemandu Mitsubishi tersebut menekan minyak menyelit antara sebuah Volkswagen di hadapannya, serta kereta di lorong bertentangan.
Semasa menyelit itu, kelihatan Mitsubishi terbabit merempuh cermin sisi Volkswagen sehinggah patah jatuh berderai ke atas jalan raya.
“Tolong adjust geng sampai ke pihak berwajib. Kesian dekat owner VW nak keluar modal sendiri angkara orang kurang cerdik. Dia ingat ini track Need For Speed?” kata TikTok @_gentazulkefli.
Menerusi komen-komen dikongsikan warganet, insiden itu berlaku di satu kawsan sekitar Batu Ferringhi, Pulau Pinang.
Dalam masa sama warganet memuji pemilik Volkswagen tersebut yang tidak bertindak mengejar semula Mitsubishi terbabit kerana boleh menyebabkan insiden tidak diingini berlaku.
Warganet turut menyarankan kepada pemilik video dashcam tersebut untuk membuat aduan menerusi aplikasi MyJPJ untuk melaporkan tindakan berbahaya pemandu Mitsubishi terbabit.