Dalam mendapatkan sesebuah barangan khususnya kelengkapan membersih di rumah, sudah pastinya penggunaan, harga yang berbaloi serta fungsi yang tersedia antara yang menjadi keutamaan. Lambakan produk vakum di pasaran secara tidak langsung bakal membuatkan pengguna sukar membuat pilihan.

Bagi memudahkan pengguna membersihkan rumah, jenama MMX tampil dengan sebuah produk vakum baharu yang mudah dikendalikan dalam membolehkan pengguna membersih habuk atau makanan di lantai dengan mudah.

Baca Juga:

Lebih menarik, model MMX Aero Max Pro yang dilabel sebagai smart vacumm ini turut hadir dengan beberapa fungsi termasuk TurnKey Cleaning yang membolehkan pengguna bukan sahaja menyedut habuk, malah menembak air, bersih dan menyedut kotoran bersama air.

Membincangkan soal penggunaan, satu pengecasan penuh MMX Aero Max Pro berpeluang digunakan untuk 30 minit penuh manakala jumlah air yang boleh dimuatkan dalam tangki vakum ini adalah sebanyak 600ml.

Rekannya yang direka untuk semua lapisan umur dan ringan ini pastinya tidak memberi masalah untuk anda atau ahli keluarga anda menggunakannya.

Pihak MMX turut menjamin produk yang dikeluarkan adalah disahkan SIRIM dan hadir dengan 2 tahun waranti buat motor vakum ini. Mengulas mengenai harga, bersempena dengan tarikh 10.10 ini, vakum MMX Aero Max Pro ini sedia didapatkan dengan harga berbaloi iaitu RM810 sahaja.

Apa tunggu lagi? Mungkin ini masa terbaik untuk anda dapatkan vakum pintar mampu milik ini dengan klik di sini.