Mohamed Salah dilaporkan bakal meninggalkan Liverpool pada akhir musim ini secara percuma.
Kontrak semasa Mo Salah di Anfield akan berakhir pada akhir musim ini. Dengan ada tawaran luar biasa sudah menunggunya.
Sebenarnya sejak 2 musim yang lalu secara berturut turut Mohamed Salah mendapat tawaran dari Arab Saudi. Namun pemain itu memutuskan untuk terus kekal di Liverpool.
Liverpool malah menolak tawaran £100 juta untuk Mohamed Salah dari Liga Pro Saudi. PIF pernah menyatakan hasrat mereka mahu menjadikan Mo Salah sebagai bintang utama Liga Saudi terutama sekali dia merupakan pemain beragama Islam.
Pemain itu kekal setia bersama dengan Liverpool. Cuma kali ini Salah mungkin akan menikmati musim terakhirnya bersama kelab yang berpangkalan di Anfield itu.
Salah sebelum ini menegaskan bahawa dia tiada kuasa untuk lanjutan kontrak baharu di kelab itu. Membuatkan spekulasi timbul bahawa Liverpool masih tidak menawarkan sebarang tawaran rasmi kepadanya.
Talksports melaporkan bahawa Mohamed Salah akan pergi selepas tamat musim ini dan akan menyertai Liga Pro Saudi.
Ianya pasti tamparan hebat buat peminat Liverpool yang pastinya sayangkan penggempur utama mereka itu.
Musim ini Mohamed Salah meneruskan ketajamannya di hadapan gol seperti biasa.
Selain daripada kelab Saudi, kelab seperti PSG juga sedang memantau situasi Mohamed Salah di Liverpool.