Seorang setiausaha kampung di Indonesia sanggup menggunakan wang peruntukan dari kerajaan untuk membeli Diamond dari permainan ternama iaitu Mobile Legends.
M Gian Gandana Sukma, Setiausaha Kampung Cipaku, Majalengka di Jawa Barat telah ditahan pihak berkuasa dimana beliau menjadi suspek utama dalam kes rasuah.
Baca Juga:
- Terkandas Di Malaysia Ketika PKP, Mat Saleh Ini ‘Ketagih’ Karipap

- Isteri Bakar Suami Ekoran Ketagih Judi Online
- ‘Datang Malaysia Hati-Hati, Takut Ketagih’ – Warga Asing Beri Amaran

Guna Wang Peruntukan Beli Diamond Mobile Legends
Gian Gandana Sukma dilaporkan telah menggelapkan dana kampung sebanyak Rp513 juta atau sekitar RM134 Ribu untuk membeli Diamond permainan Mobile Legends.

“Pasukan Siasatan Peguam Daerah Majalengka secara rasmi menahan suspek MGS mulai Khamis (3/7),” dipetik dari kenyataan Pejabat Peguam Daerah.
Difahamkan, kes rasuah itu terbongkar selepas Pejabat Peguam Daerah Majalengka menemui bukti penyelewengan.
Ini kerana ratusan juta dana kampung milik operasi pembangunan Cipaku bagi tempoh 2025 tidak ditemui.

“Peguam Daerah Majalengka mengakui telah berlaku usaha untuk mengembalikan wang bernilai Rp65.4 juta ke dalam akaun milik Kampung Cipaku.
“Sehingga kini, masih terdapat Rp448,315,756 yang belum dikembalikan dan tidak dapat dipertanggungjawabkan oleh suspek.”