Segelintir peminat Harimau Malaya mulai keliru dan membandingan model pemain warisan yang kita gunakan hari ini sama dengan sistem di Perancis.

Kami menghormati segala pandangan berkaitan dengan pengambilan pemain warisan oleh Harimau Malaya. Cuma, apa sahaja pandangan anda, janganlah menyamakannya dengan Perancis.

João Figueiredo
João Figueiredo

Perancis seringkali menjadi negara yang disindir sebagai ‘Afrika’ elit dalam bola sepak Eropah. Ini kerana ramai pemain berdarah Afrika atau kacukan Afrika bermain untuk mereka.

Namun perbandingan model pemain warisan yang digunakan Malaysia pada hari ini langsung tidak sama dengan yang berlaku di Perancis.

Bakat imigran di Perancis

Pemain pemain Perancis berdarah Afrika itu adalah anak anak imgiran yang dah sudah sah di sisi undang undang Perancis. Ibu bapa yang dah diterima sebagai penduduk tetap Perancis. Atau anak dia lahir di kem pelarian atau di negara Perancis.

Jadi, mereka ini sudah dikira anak jati Perancis berdasarkan kelahiran mereka.

Perancis seringkali kena troll sebab rata rata pemain berdarah Afrika. Dan peminat tegar mereka selamba jawab, mereka ini lahir di Perancis dan negara ini berhak nak gunakan khidmat mereka.

Kita bukannya menggunakkan model yang digunakan Perancis untuk memanggil pemain yang lahir di Perancis, dibangunkan dalam ekosistem bola sepak Perancis untuk mewakili negara mereka.

Jangan Samakan Model Pemain Warisan Kita Dengan Sistem Homegrown Di Perancis

Naif untuk membandingkan model pemain warisan kita dengan model pemain lahir atau dibangunkan oleh Perancis. Mereka ada liga dan ekosistem bola sepak yang jauh lebih baik. Sedangkan kita tidak ada. Hanya ada beberapa pasukan yang ada akademi sendiri di Malaysia.

Sama macam Lamine Yamal di Sepanyol. Pemain yang berdarah Maghribi tersebut, sekarang dah jadi wakil Sepanyol kerana dia adalah bakat yang dibangunkan di La Masia di bawah kekuasaan Sepanyol. Walaupun ibu bapa dia mana ada darah Sepanyol.

Jangan Samakan Model Pemain Warisan Kita Dengan Sistem Homegrown Di Perancis

Kisah Jerman dan Turki

Kes ini sama macam Ozil di Jerman. Diaspora mereka ni membuatkan mereka harus mewakili negara yang sudah memberikan mereka perlindungan.

Mereka menikmati perkhidmatan di negara mereka bermastautin atau lahir, termasuk akses kepada pendidikan dan perubatan.

Pernah dibincangkan tentang diaspora warga asing ke Eropah ini atas pelbagai sebab. Ada yang lari kerana ketegangan politik, peperangan. Ada yang memang berhijrah kerana peluang pekerjaan ditawarkan. Misalnya diaspora orang Turki ke Jerman berlaku kerana dasar kerajaan Jerman pada era 1960-an.

Mereka menjemput tenaga kerja dari Turki datang ke negara mereka sebagai Gastarbeiter atau pekerja tamu. Ianya kerana Jerman rosak teruk selepas perang dunia kedua.

Diaspora ini melahirkan bakat bakat bola sepak yang lahir awal 80-an.

Mesut Ozil antara antara yang lahir daripada golongan Gastarbeiter ini. Dilema penduduk warga Jerman-Turks ini, kalau mereka tak pilih Jerman akan dianggap pengkhianat kepada negara yang mereka bermastautin. Sebab itu pemain macam Nuri Sahin, serta kembar Hamit dan Halil Altintop pernah dikecam sebab pilih Turki.

Sedangkan dia dibangunkan oleh sistem bola sepak di Jerman.

nuri hamit
Turkey’s Hamit Altintop (R) celebrates with team mate Nuri Sahin after scoring a goal against Chile during their international friendly soccer match at Ismetpasa Stadium in Izmit, August 20, 2008. REUTERS/Fatih Saribas (TURKEY)

Kalau pilih Jerman mereka selalu jadi kambing hitam. Bak kata Ozil: ‘Waktu menang, aku orang Jerman. Waktu kalah aku digelar Imigran’.

Memahami sistem ‘nationality’ pemain bola sepak Perancis dan sistem ‘homegrown’ Eropah

Perancis mirip kepada sistem Jerman ini. Pemain ini lahir di negara mereka dan dibangunkan sistem bola sepak mereka.

Malah pemain yang tiada darah Perancis atau lahir di luar Perancis pun masih boleh dikira homegrown kalau dia dibangunkan daripada mana mana akademi di Perancis.

Ada beberapa pemain malah terpaksa rela pilih negara tu sebab mereka harus tunjuk semangat patriotik mereka kepada negara yang tempat mereka membesar. Apabila negara itu sudah berjasa kepada mereka, maka tiba masanya, giliran mereka pula membalas jasa dan berbakti kepada negara.

Orang Perancis anggap ini  adalah manfaat yang mereka dapat daripada dasar terbuka mereka kepada imgiran dari Afrika dan sebagainya.

Mujur juga Griezmann pilih wakil Perancis bukan? Sebenarnya dia pun eligible bermain untuk Sepanyol sebab sistem Homegrown. Selain itu dia juga ada Basque Connection, bermakna dia boleh main kelab anak jati sebenar Athletic Bilbao.

Jangan Samakan Model Pemain Warisan Kita Dengan Sistem Homegrown Di Perancis
Sumber Gambar: BR

Sama macam Laporte. Dia muda muda main untuk Perancis. Apabilla di peringkat senior pilih Spain. Kes dia sama dengan Griezmann ada dua jalan dia boleh gunakan untuk wakili Sepanyol. Satu daripada sistem Homegrown, satu lagi sebab berdarah campuran Basque.

Ia bukan perkara yang mudah. Pemain pemain berdarah Afrika ini kadangkala nak pergi melawat kampung asal atau leluhur nenek mereka pun segan kekadang sebab kena kecam di media sosial sebab tak pilih wakili negara nenek moyang mereka.

Namun selalunya apa yang berlaku di media sosial itu tak sama dengan realiti. Kerana kerapkali kita dengar pengalaman mereka tak sangka diraikan dengan mesra, berdasarkan perkongsian pemain seperti Memphis Depay, dan Kylian Mbappe kalau cuti mereka selalu pergi Afrika sebab nak tunjuk mereka hargai asal usul bapak atau ibu mereka.

Sistem homegrown di EPL dan Eropah

Sama dengan sistem di EPL. Mereka anggap pemain pemain yang berlatih di akademi di negara mereka ini berhak untuk ditawarkan mewakili skuad kebangsaan mereka kerana dari kecil dibangunkan di tanah air mereka. Sama ada mereka lahir di England atau tidak.

Contoh kes Cesc Fabregas. Dia boleh bermain untuk England kalau dia nak sebab dia debut di Arsenal. Dia dibangunkan di akademi La Masia dan Arsenal. Fabregas tak tertakluk kuota pemain asing jika beraksi EPL. Antara sebab Chelsea dulu benar benar mahukan dia sebab dia kuota pemain tempatan atau homegrown.

Jangan Samakan Model Pemain Warisan Kita Dengan Sistem Homegrown Di Perancis

England ini ada satu kegilaan, mereka akan dengan pantas memberikan debut kepada pemain pemain homegrown ni atau berdarah campuran. Supaya negara lain dah tak boleh panggil pemain ini.

Jika pemain itu tak dipanggil England selepas ini, mereka tidak mahu pelaburan akademi mereka kepada pemain ini menguntungkan negara lain.

Sampai ke satu tahap, FIFA telah ubah peraturan. Pemain yang tak beraksi dalam 3 aksi kompetitif sebelum berusia 21 tahun masih boleh tukar kewarganegaraan. Baca kes Zaha.

Sebelum ini, kalau kau debut atau bermain 1 sahaja perlawanan kompetitif, pemain terus tak boleh tukar kewarganegaraan.

Jamal Musiala misalnya. Dia dibangunkan oleh akademi di Jerman dan England. Dan ada darah Nigeria sebelah ayahnya. Dia boleh memilih 3 negara untuk diwakili. Jika dia pilih Nigeria, dia melakukan perkara yang sama dilakukan oleh Figueiredo pilih Malaysia.

Namun dia awalnya pilih wakili England semasa remaja dan memilih Jerman untuk pasukan senior yang kini menjadi pasukan seumur hidupnya.

Jangan Samakan Model Pemain Warisan Kita Dengan Sistem Homegrown Di Perancis

Dalam kes Erling Haaland dia sebenarnya boleh mewakili England jika dia mahu kerana dia lahir di negara itu, di Leeds UK.

Norway Israel
Sumber Gambar: Reuters

Ada beberapa pemain adik beradik seperti Taulant Xhaka, Granit Xhaka masing masing memilih Albania dan Switzerland. Kerana kedua duanya memiliki darah Albania. Membolehkan mereka memilih mewakili salah satu daripada negara tersebut.

Seterusnya, Inaki Williams dan Niko Williams yang memiliki pilihan untuk bermain untuk Sepanyol kerana ada pertalian dengan Basque ataupun kerana mereka dibangunkan di Sepanyol.

Pada masa sama mereka boleh memilih mewakili Ghana atau Liberia atas faktor warisan atau darah. Dan akhirnya Nico Willliams memilih Sepanyol dan Inaki Williams yang asalnya mewakili Sepanyol di peringkat belia memilih mewakili Ghana di peringkat senior.

Jadi model kita gunakan adalah tidak sama dengan Perancis sama sekali. Pemain pemain warisan ini bukan dibangunkan dari muda di dalam akademi atau sistem pembangunan Liga Malaysia, atau lahir di Malaysia. Mereka dijejak oleh FAM dan ditawarkan untuk mewakili Malaysia.

malaysia
Foto: AFC

Sistem yang digunakan Perancis adalah perkara biasa dalam bola sepak di Eropah yang memiliki liga yang sangat baik. Sebab itu Liga Perancis dianggap salah satu 5 liga utama di Eropah.

Sistem yang kita gunakan ini adalah sistem mencari sendiri pemain warisan daripada diaspora orang Malaysia. Kita merujuk kepada FIFA tentang pemain pemain yang boleh mewakili Malaysia daripada sistem ini.

Adakah ianya salah?

Tak salah. Sebab itu peraturan yang dibenarkan FIFA. Pemain pemain ini kita berhak untuk tawarkan mereka tempat dan kata putus adalah pada pemain itu sendiri.

Model yang kita guna ini sama macam Indonesia pakai. Dan model ini pun dipakai negara negara di Afrika yang berterusan cuba memujuk pemain warisan mereka mewakili negara datuk nenek mereka.

Model yang digunakan negara negara di negara seperti Jamaica dan sebagainya. Di mana sejak dulu lagi mereka cuba memujuk pemain pemain berdarah Jamaica ini mewakili mereka.

Malaysia dapat manfaat daripada model berbalik

Jadi sistem bola sepak yang diamalkan di Perancis itu bukan sahaja menguntungkan mereka. Malah menguntungkan negara nenek moyang pemain itu sendiri.

Lihat pecahan pemain yang lahir di Perancis yang menguasai senarai pemain yang  mewakili banyak negara lain. Terutama sekali Maghribi, Senegal dan Tunisia. Model berbalik ini yang kita gunakan di Malaysia ketika ini.

Jangan Samakan Model Pemain Warisan Kita Dengan Sistem Homegrown Di Perancis
Kelebihan dia, kita mendapat pemain yang dibangunkan dan bermain di liga yang lebih baik. Misalnya Maghribi mara sampai ke separuh akhir Piala Dunia menerusi kejayaan mereka memujuk pemain warisan ini berbakti untuk negara asal nenek moyang mereka.

Jangan Samakan Model Pemain Warisan Kita Dengan Sistem Homegrown Di Perancis

Kelemahan pun ada. Nak panggil mereka ini bukan mudah. Sebab jadual liga mereka ketat juga. Jadi dengan memanggil ramai pemain untuk debut ini memberikan kita peluang untuk mendapatkan lebih ramai pemain melapor diri untuk tugasan antarabangsa.

Sekurang kurangnya separuh boleh komited atau 1/3 yang komited juga sudah berbaloi.

Masa inilah anak watan lahir Malaysia, lahir di Pajam, Taman Semarak, Kuala Nerang, Pagoh, Kodiang dan Nilai 3 akan menggunakan kesempatan untuk merebut tempat itu.

Bola sepak moden memang macam itu. Anda tidak boleh jangkakan kesemua pemain ini boleh melapor diri dalam semua perlawanan sebab jarak jauh. Kemudian isu kepentingan kelab seperti ada aksi final. Play off dan sebagainya yang membolehkan kelab rugi jutaan dollar jika tersingkir.

Ini konflik biasa antara kelab dan pasukan kebangsaan. Bak kata Arsene Wenger, pasukan kebangsaan dan kelab sentiasa tak ngam.

Jangan Samakan Model Pemain Warisan Kita Dengan Sistem Homegrown Di Perancis
*Arsene Wenger Approves*

Apa sahaja pandangan anda semua, janganlah samakan model yang kita guna ini dengan Perancis. Kerana mereka memiliki liga yang menjadi gedung membangunkan bakat termasuk pemain dari golongan imigran ataupun pelarian serta bakat yang dipantau sendiri sesebuah kelab itu dan dibawa masuk ke akademi sejak dia kecil lagi.

Sama juga dengan negara bola sepak maju eropah yang lain. Sistem mereka terutama sekali struktur mereka sudah di fasa autopilot ketika ini. Kelab dan negara mendapat manfaat daripadanya.