Meskipun insiden ini berlaku di negara jiran, ia boleh dijadikan panduan buat kita terhadap modus operandi terbaru penjenayah dalam melakukan sesuatu yang tidak diingini di atas jalan raya.

Satu video kini sedang tular di Indonesia berkenaan seorang penunggang motosikal meletakkan paku pada seliparnya dan dilihat lelaki itu seperti sengaja memberhentikan motornya di sebelah kenderaan pacuan empat roda itu dengan begitu rapat.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Baca Juga:

Dengan berbuat sedemikian, tayar kereta akan terkena pada paku tersebut lalu akan pancit tanpa disedari. Difahamkan paku yang dipilih juga adalah khas yang mana mampu memberi kerosakan pada tayar jenis tubeless yang ada pada kereta mewah.

Lebih teruk lagi, mangsa yang memberhentikan kereta di tepi jalan pula didakwa akan dirompak barang berharga seperti barang kemas dan wang. Kelakuan penjenayah itu berjaya dirakam oleh seorang pengguna jalan raya di sana lalu dikongsikan menerusi platform Twitter.

Biarpun waktu dan lokasi masih belum dikenalpasti, menurut sumber di Twitter, ada kemungkinan ia mungkin satu taktik untuk pelaku melakukan satu perkara yang tidak elok. Perkara ini membuatkan ramai netizen jadi gerun dan sentiasa berhati-hati ketika di jalan raya.

Sumber Gambar: Twitter @Heraloebss
Sumber Gambar: Twitter @Heraloebss
Sumber Gambar: Twitter @Heraloebss

Susulan tular video ini, ada di kalangan netizen memohon agar pihak berkuasa negara tersebut melakukan siasatan terhadap isu itu.