Mogok Doktor Malaysia meminta mereka yang menyokong perjuangan mereka untuk menukar gambar profil media sosial mereka sebagai tanda sokongan kepada pergerakan ini. Mogok yang dilancarkan selama tiga hari bermula hari ini menyambung perjuangan daripada kumpulan doktor yang berbeza pada 2 tahun yang lalu.

“Untuk menyokong pergerakan kami, tukar gambar profil anda kepada hitam atau monokrom. Bagi doktor bukan kontrak, sila pergi bekerja dengan memakai pakaian hitam,” kata pergerakan itu dalam catatan media sosial pada Ahad.

Baca Juga:

https://twitter.com/faeezzainal/status/1642684680138006528?s=46&t=Yeyob-rVTGPbZAgps-AlzQ

Beberapa minggu ini, khabar akhir bahawa akan berlangsung mogok doktor kontrak pada 3 hingga 5 April ini dan laman Instagram DoctorsMalaysia menggesa doktor kontrak seluruh negara tampil menyertai mogok berkenaan atau meletak jawatan secara beramai-ramai.

Seorang jurucakap kumpulan itu yang mahu dikenali sebagai Dr Jamal memberi amaran bahawa, “sistem penjagaan kesihatan awam mungkin runtuh bermula hari ini dan seterusnya menggalakkan lebih ramai pegawai perubatan meletakkan jawatan daripada Kementerian Kesihatan,” lapor The Star.

Beliau berkata, bahagian yang paling teruk terjejas ialah jabatan kecemasan, bilik buruh, jabatan pesakit luar dan klinik kesihatan yang mempunyai bilangan pegawai perubatan kontrak yang tinggi.

6 Tuntutan Kepada Kerajaan

Kumpulan doktor kontrak yang bertindak menjalanlan mogok ini telah membuat enam tuntutan kepada kerajaan melalui Kementerian Kesihatan.

Menerusi hantaran di Instagram oleh kumpulan ini, antara tuntutan yang akan dibuat adalah menyerapkan semua pegawai perubatan kontrak ke dalam jawatan tetap tanpa sebarang syarat atau temuduga.

https://www.instagram.com/p/Co66sLfrJN5/?igshid=YmMyMTA2M2Y=

Menurutnya, gaji pokok serta kadar ‘on call’ pakar dengan pegawai perubatan juga perlu dinaikkan iaitu RM40 dan RM100 untuk satu jam.

Kumpulan ini juga berharap waktu bekerja dan ‘on call’ dapat dikurangkan, tidak melebihi enam kali sebulan dan waktu bekerja sekurang-kurangnya 60 jam seminggu.

Tambah Mogok Doktor Malaysia, pihaknya turut menuntut supaya kerajaan meluluskan penempatan semula ke wilayah asal selepas dua tahun berkhidmat di Sabah, Sarawak dan Labuan tanpa syarat.

Apa perbezaan kempen 2021?

Tiada perbezaan sebenarnya, ia masih menuntut hak yang sama. Cuma bezanya dijalankan dengan cara yang berbeza oleh kumpulan yang berbeza.

Pada tahun 2021, kempen yang sama turut dijalankan dan ia dipanggil Code Black. Ia merupakan bantahan terhadap apa yang dilihat sebagai sistem kontrak yang tidak adil. Kempen itu pula hanya digerakkan melalui media sosial semata-mata dan tidak melibatkan sebarang demonstrasi.

Kempen Code Black MMA Schomos berlangsung dari 1 Julai hingga 12 Julai 2021 dan memuncak dengan “Black Monday” pada 12 Julai 2021 di mana kumpulan itu meminta penyokong menukar gambar profil peribadi, logo syarikat atau institusi mereka kepada hitam atau monokrom untuk 12 hari pertama kempen. Doktor juga disuruh bekerja seperti biasa dengan memakai pakaian hitam.

Satu lagi kumpulan dikenali sebagai Hartal Doktor Kontrak mengadakan ‘walkout’ di seluruh negara pada 26 Julai tahun yang sama.