Suratkhabar Turki, Takvim melaporkan Presiden Turki Recep Tayyip Erdogan sedang berusaha untuk menyelamatkan bekas Presiden Mesir Mohamed Morsi daripada hukuman mati.

Suratkhabar itu melaporkan Erdogan, dengan bantuan Arab Saudi dan Qatar, sedang melihat peluang memindahkan Morsi dari Mesir ke Turki.

HYPE
Wayout Solution Cipta Sejarah Rangkul Anugerah Company Of The Year
Baca lagi →

Mengikut laporan juga, Presiden Mesir sekarang Abdel Fattah Al-Sisi masih berdiam diri tetapi pada masa yang sama berusaha menyingkirkan Morsi.

Laporan juga menyebut, Al-Sisi bertemu dengan Perdana Menteri Ibrahim Mehlib dan Menteri Pertahanan Sedqi Subhi untuk berbincang hal tersebut. Mehlib mencadangkan menghantar Morsi dalam buangan kerana negara akan menghadapi protes ganas sekiranya beliau dihukum mati.

BACA: Ucapan Presiden Morsi Apabila Dijatuhkan Hukuman Mati

BACA Lagi: 20 Dosa Presiden Turki Recep Tayyip Erdogan Yang Dibenci Oleh Musuhnya

Sumber: Middle East Monitor

LIKE dan FOLLOW Vocket di Facebook serta Instagram