Khas buat kaki travel yang gemar akan penginapan mewah tetapi masih menjanjikan suasana alam yang tenang dan selesa, Morukuru Beach Lodge ialah tempat yang terbaik untuk anda.
Lodge mewah dan selesa ini terletak di De Hoop Nature Reserve, Afrika Selatan. Penginapan yang baru dibuka ini menjanjikan pemandangan pantai yang indah buat pengunjung dengan bilik yang menghadap terus ke pantai.
Difahamkan bekalan elektrik di penginapan ini bergantung sepenuhnya dengan tenaga solar yang menjadikan penginapan ini benar-benar mesra alam. Lokasi ini menjadi pilihan ideal buat anda yang sering mengembara secara berkumpulan kerana penginapan ini turut menyediakan bilik yang luas sesuai untuk menampung sehingga 8 orang dewasa.
Mungkin anda boleh mempertimbangkan untuk memasukkan Morkuku Beach Lodge dalam senarai travel anda. Tetapi perlulah beli tiket untuk terbang ke Afrika Selatan terlebih dahulu.