Sebut mengenai kedai MR.DIY pasti ramai yang cukup mengenalinya. Menawarkan seleksi barangan dengan harga mampu milik antara yang membuatkan rangkaian kedai ini menjadi pilihan pengunjung.

Terbaharu, MR D.I.Y Group (M) Bhd sekali lagi melakar sejarah apabila berjaya mencatatkan keuntungan mencecah RM136.1 juta bagi suku tahunan keempat 2022. Keuntungan yang diperoleh merupakan peningkatan sebanyak 1.13% berbanding suku tahunan keempat 2021 iaitu sebanyak RM134.5 juta.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Baca Juga:

Sumber: The Sun Daily

Menurut Adrian Ong selaku CEO MR D.I.Y Group (M) Bhd, pihak mereka bercita-cita untuk membuka sebanyak 180 kedai rangkaian MR.D.I.Y meliputi pelbagai jenama di bawah syarikat mereka bagi tahun 2023 ini. Pertambahan kedai ini bakal membolehkan mereka memiliki sebanyak 1,200 cawangan seluruh Malaysia menjelang akhir tahun ini.

Untuk pengetahuan, syarikat ini berjaya membuka sebanyak 900 cawangan pada akhir 2021 dan bertambah sebanyak 1,080 cawangan pada akhir tahun 2022 meliputi tiga jenama iaitu MR.DIY, MR.TOY dan juga MR.Dollar.

Pihak MR D.I.Y juga turut mengumumkan dividen sebanyak RM56.6 juta bagi suku tahunan keempat 2022 yang sekaligus membawa kepada jumlah dividen sebanyak RM204.2 juta sepanjang tahun.

Melihat kepada perkembahan MR D.I.Y, syarikat ini optimis untuk menambah lagi jumlah bilangan cawangan yang sekaligus bakal memudahkan pengguna mendapatkan barangan mampu milik.

Sumber