Bermula dengan hanya menjual barangan perkakasan rumah pada tahun 2005 di Jalan Tuanku Abdul Rahman, Kuala Lumpur, kini MR DIY telah menjadi kedai peruncitan perkakasan rumah terbesar di Malaysia dan juga memiliki cawangan di Brunei dan Indonesia.
Terbaharu, MR DIY telah melebarkan lagi sayapnya dengan pembukaan kedai pertama MR DIY di Istanbul, Turki. Hal itu turut mendapat perhatian Kedutaan Turki di Kuala Lumpur dan pihak kedutaan mengucapkan tahniah atas pembukaan kedai pertama MR DIY di sana.
Southeast Asia's largest home improvement chain, Malaysia based MR. DIY, has started its investment journey in Europe with Turkey. We wish MR. DIY continued success on opening of their first store in İstanbul. pic.twitter.com/hI8R9kDPBe
— TurkishEmbassyKL (@turkishembinkl) November 19, 2021
Difahamkan, akan lebih banyak kedai MR DIY bakal dibuka di sana. Turki ialah pasaran kesembilan syarikat itu dan kedua di luar Asia Tenggara. Pembukaan tersebut turut mendapat perhatian netizen Malaysia dan rata-rata netizen berasa bangga dengan pencapaian syarikat MR DIY.
Pada Oktober 2020, MR DIY membuat penampilan sulungnya di Pasaran Utama Bursa Malaysia Securities Berhad dan penyenaraian MR DIY adalah penyenaraian terbesar di bursa Malaysia pada tahun itu. Berdasarkan harga terbitan RM1.60 sesaham ketika itu, MR DIY dinilai pada permodalan pasaran RM10 bilion.
Sementara itu, ketahui kisah jatuh bangun MR DIY sehingga berjaya tembusi pasaran luar negara pada pautan di bawah ini.
Dari Kedai Kecil Ke Bursa Malaysia, Ini Kisah Permulaan MR DIY Yang Ramai Tidak Tahu
Adik Beradik Pemilik MR DIY Antara Hartawan Baru Yang Tersenarai Dalam Forbes