Walaupun fasiliti pengangkutan awam kita kadang-kala berdepan masalah seperti kekerapan tren yang sedikit atau masa tiba yang perlahan, sebenarnya ramai pelancong luar yang memandang tinggi akan kemudahan ini.
Baru-baru ini, seorang pengguna FB bernama James Ang yang memuji akan kemudahan MRT yang tersedia di kawasan Kuala Lumpur.

Menurutnya, yang baru-baru ini melancong ke sini, dia boleh bergerak ke lokasi yang jauh iaitu Kajang dan kemudian berkunjung ke pusat membeli-belah di tengah-tengah bandar Kuala Lumpur dengan mudah.
“Saya menaiki MRT dari Pavilion ke Kajang untuk makan satay, kemudian pulang semula ke Bandar Utama untuk membeli-belah di 1 Utama. MRT pantas dan bersih, selesa dan tidak terlalu sesak”,tulisnya.
Malah, dia mmembuat perbandingan mengatakan MRT di Singapura pun tidak sebaik di Malaysia, ini memberi indikator MRT tempatan mempunyai kualiti keseluruhan yang memuaskan sepanjang dinaikinya.
Dia turut membahaskan betapanya banyak tanah kosong dan bangunan kecil yang berdekatan dengan MRT yang mana boleh dimanfaatkan untuk membina kondominium dan flat.
Kemudian, dia teruja bagaimana stesen MRT ini sentiasa infra terhubung dengan pusat membeli belah mewah seperti Bukit Bintang,TRX, Cochrane dan Bandar Utama.
Dia lalu berkata “MRT adalah pencapaian terhebat yang KL ada” dan minta pihak berkuasa tempatan pertimbangkan membina fasiliti MRT di Johor Bharu juga.

Di sini boleh disimpulkan bahawa MRT di Malaysia sebenarnya boleh dipercayai akan prestasinya dan terbukti berjaya menjadi solusi untuk orang ramai bergerak dengan mudah dan pantas tanpa bergantung dengan kenderaan peribadi pada setiap masa.