Lama dinantikan warga Putrajaya serta kawasan sekitar, hari ini menjadi saksi apabila mass rapid transit (MRT) mengumumkan akan mula beroperasi pada hari ini bermula jam 3 petang.

Pembukaan MRT Putrajaya Fasa 2 ini membuka laluan dari Kwasa Damansara ke Putrajaya Sentral. Lebih menarik, orang ramai turut berpeluang mencuba MRT Putrajaya Fasa 2 di mana laluan ini ditawarkan secara percuma tanpa mengira had umur sehingga 31 Mac ini.

HYPE
Uban Hilang, Keyakinan Kembali! Alpecin Grey Attack Muncul Sebagai Hero Rambut Anda
Baca lagi →

Baca Juga:

Untuk pengetahuan, MRT Putrajaya Fasa 2 sudah dibuka hampir setahun selepas Fasa 2 dibuka pada 16 Jun tahun lalu. Difahamkan pada ketika it hanya 12 hentian dibuka antara Kwasa Damansara ke Kampung Batu dengan jajaran sekitar 17.5km.

Pembukaan penuh ini membolehkan laluan MRT ini melalui 36 buah stesen sepanjang 56 kilomteter dari Kwasa Damansara ke Putrajaya Sentral.