MSM Malaysia Holdings Berhad (MSM) mencadangkan supaya harga gula peket sekilogram dinaikkan kepada RM3.85, berbanding RM2.85 pada ketika ini.

Ketua Pegawai Operasi Kumpulan MSM, Hasni Ahmad berkata, perkara itu perlu dipertimbangkan kerana kos operasi telah meningkat ekoran pelbagai faktor global, malah pihaknya kini beroperasi dalam kerugian.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Baca Juga:

Sumber Gambar: Kosmo

“Langkah ini perlu dibuat kerana kos pengeluaran sudah tidak boleh dikawal atas beberapa faktor, antaranya perang di Ukraine, perang di Timur Tengah dan kejatuhan nilai mata wang ringgit.

“Oleh itu, kita perlu jual pada harga yang bersesuaian dan kita sedang menunggu maklum balas daripada pihak kerajaan berhubung perkara ini,” katanya dalam sidang akhbar sempena program lawatan media ke MSM Johor di Pasir Gudang, di sini semalam.

Sementara itu, Hasni turut memaklumkan rancangan syarikat tersebut untuk mengeksport gula ke Singapura tahun ini.

“Berkenaan eksport gula, pasaran serantau yang sedang kita berikan tumpuan adalah Singapura, kita jangka akan mula eksport sama ada suku pertama atau suku kedua tahun ini.

“Namun ingin ditegaskan, langkah mengeksport gula itu tidak akan menjejaskan bekalan gula dalam pasaran tempatan. Tidak perlu bimbang kerana eksport gula tidak beri impak kepada pasaran tempatan, jangan risau,” katanya.

“Dalam pada itu, beliau juga meminta kerajaan memberikan penekanan terhadap usaha keselamatan makanan, khususnya melibatkan produk gula kerana ia merupakan satu keperluan asas rakyat.

“Kita perlu mempunyai sumber gula mentah sendiri, antara cadangan termasuk mewujudkan ladang tebu sendiri. Ini penting kerana ketika ini negara seperti India dan Thailand sudah melarang eksport gula mentah dan bekalan kita terima dari Brazil.

“Apa akan berlaku sekiranya Brazil juga melarang eksport gula mentah. Jadi, perkara ini perlu diberikan perhatian untuk keselamatan makanan Malaysia,” katanya lagi.