Seorang mualaf di Papua menjadi perbualan hangat di media sosial selepas aksinya membawa seekor babi untuk sempena hari raya korban kini tular di kalangan warganet.

Lelaki mualaf yang baru memeluk Islam itu nampaknya tidak memahami sepenuhnya hukum korban yang membenarkan haiwan tertentu sahaja seperti kambing, lembu dan unta bukannya babi.

Dalam video yang dikongsikan oleh akaun Instagram @folkative pada hari Khamis, terlihat penduduk dikejutkan dengan kehadiran seekor babi yang dibawa menaiki trak pikap dan berhenti di hadapan sebuah masjid.

Perakam video itu turut merakamkan reaksi terkejut penduduk setempat dan seorang ustaz yang turut berada di lokasi.

“Korban Haji menerima seekor babi, alhamdulillah daging ini sangat segar,” kata perakam video itu dengan nada terkejut.

Perakam kemudian bertanya kepada ustaz yang berada di situ sama ada dia sudi menerima haiwan tersebut.

Soalan ini membuatkan ustaz tersenyum terkejut dan penduduk setempat turut ketawa.

Dalam kenyataan video tersebut, difahamkan bahawa lelaki itu baru memeluk Islam dan kurang memahami sepenuhnya haiwan apa yang boleh dikorbankan, lalu membawa babi ke masjid untuk disembelih.

Pun begitu, niat murni mualaf itu tetap mendapat pujian dan penghormatan daripada netizen.

Mereka memuji usaha mualaf tersebut walaupun masih belum memahami sepenuhnya ajaran Islam.

Beberapa komen netizen yang menarik perhatian ialah, “Hormat, niatnya baik, tetapi ini di luar kawalan.” Selain itu, “Tidak mengapa, niat itu baik dan benar, cuma perlu dilatih dan dididik semula.”