Nama Datuk Seri Aliff Syukri sekali lagi jadi bualan apabila mencetuskan kontroversi dengan memuat naik muzik video lagu dangdutnya menari ghairah bergandingan dengan penyanyi Baby Shima.

Lantaran itu, Pendakwah bebas dan Pencetus Ummah (PU) Syed Mohd Bakri di Instagram miliknya telah menegur Aliff Syukri secara terbuka dan memohon agar Aliff membatalkan hasrat untuk melancarkan muzik video lagu dangdut terbaharunya yang dilihat keterlaluan.

Tambah PU Syed, dia turut mengingatkan Aliff agar memikirkan perasaan isteri dan anak-anak apabila mereka melihat aksi tidak sewajarnya itu yang dipertontonkan di khalayak ramai. Malah, PU Syed mahu Aliff berfikir terlebih dahulu sebelum melakukan perkara dilarang agama.

“Kamu ada nama dan pangkat, tolonglah berfikir sebelum melakukan perbuatan mungkar. Fikir halal haram, fikir pahala dan dosa dan fikir mati kita.

“Fikirkan bersama wahai Aliff Syukri. Datuk Seri minta maaf saya tak sebut pangkat. Yang penting nama kamu Aliff Syukri, yang penting kamu takut kepada Allah SWT lebih daripada kamu takut kehilangan harta sendiri,” ujar PU Syed.

Sementara itu, kami kongsikan beberapa artikel yang sedang ‘trending’ di The Vocket pada pautan di bawah.

‘Healing To Missing’ – Pengalaman Gadis Ini Sesat Berseorangan Di Pantai Sejauh 7KM Curi Tumpuan Netizen

Mesra Berpelukan Erat, Adegan Shahz Jaszle Dan Emma Maembong Undang Kecaman Netizen