Baru-baru ini, nama Aliff Syukri dan Azwan Ali menjadi bualan ramai apabila Aliff bertindak menarik rambut Azwan di atas pentas persembahan sebuah program di Singapura.

Susulan perbalahan tersebut, Azwan mahu saman malu berjumlah RM100 juta terhadap Aliff. Terbaharu, Aliff tampil meluahkan rasa ketidakpuasan hatinya terhadap Azwan yang berterusan melakukan provokasi terhadapnya.

Baca Juga:

Menerusi hantaran Instagram, Aliff memuat naik sebuah video memaparkan Diva AA telah membakar gambar dirinya dan seakan-akan melakukan ritual sihir.

“Sihirkan, sihirkan… Kena sihir kena bakar, itu je nak ajar kau. RM100 juta tetap!

“Hangus tak muka dia? Aliff tengok video ni. Puii!” kata Azwan dalam video.

Menurut Aliff, tindakan yang dibuat oleh Azwan itu keterlaluan dan dia tidak teragak-agak untuk mengambil tindakan terhadap Azwan serta menegaskan bahawa apa yang diperkatakan terhadap dirinya adalah fitnah semata-mata.