Sejak hari semalam, orang ramai mula berbincang tentang kehadiran akaun 3 pada Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) yang mana sudah boleh diakses oleh para pencarum.

Untuk makluman terdapat tiga pecahan akaun ahli KWSP yang mana akaun pertama, akaun kedua dan yang paling baharu iatu akaun ketiga atau lebih dikenali sebagai akaun fleksibel.

HYPE
Uban Hilang, Keyakinan Kembali! Alpecin Grey Attack Muncul Sebagai Hero Rambut Anda
Baca lagi →

Berikut adalah serba ringkas informasi bagi setiap akaun di dalam inisiatif penstrukturan semula KWSP:-

1. Akaun Persaraan (75%) : Sebelum ini dikenali sebagai Akaun 1, adalah untuk simpanan hari persaraan.

2. Akaun Sejahtera (15%): Sebelum ini dikenali sebagai Akaun 2, adalah untuk keperluan kitaran hayat semasa persaraan.

3. Akaun Fleksibel (10%): Memberikan anda fleksibiliti untuk membuat pengeluaran pada bila-bila masa untuk keperluan kewangan jangka pendek.

Pasti ramai tertanya-tanya bagaimanakah cara untuk memindahkan serta mengeluarkan wang untuk akaun 3 tersebut.

Boleh ikuti tutorial di bawah bagi mengetahui cara pindah serta keluarkan wang KWSP akaun tiga menerusi aplikasi dengan mudah dan pantas.

Cara pindah wang ke Akaun 3

1. Muat turun aplikasi KWSP i-Akaun sama ada dari Google Play Store atau App Store. Log masuk akaun KWSP menerusi aplikasi.

2. Pada halaman utama aplikasi, klik pada ikon Ketahui Lanjut.

Sumber Gambar: Aplikasi KWSP i-Akaun

3. Klik Seterusnya pada halaman informasi dan kemudian tekan pada Pindah Sekarang.

Sumber Gambar: Aplikasi KWSP i-Akaun

4. Selepas itu, baca informasi yang dipaparkan dan skrol ke hingga bawah lalu klik Teruskan.

Sumber Gambar: Aplikasi KWSP i-Akaun

5. Kemudian, anda bakal dipaparkan dengan anggaran simpanan akaun dan baki wang selepas pemindahan bagi setiap akaun. Skrol ke bawah dan klik Teruskan.

Sumber Gambar: Aplikasi KWSP i-Akaun

6. Di halaman perakuan ahli ini, anda diminta untuk membaca dan bersetuju dengan terma&syarat dengan klik Terima.

Sumber Gambar: Aplikasi KWSP i-Akaun

7. Sebaik keluar pop out pengesahan, klik sekali lagi Ya bagi meneruskan proses permohonan pemindahan.

Sumber Gambar: Aplikasi KWSP i-Akaun

8. Akhir sekali, anda bakal dipaparkan dengan nota pilihan pindahan berjaya. Sebagai nota tambahan, permohonan anda adalah tertakluk kepada terma & syarat yang ditetapkan oleh KWSP.

Sumber Gambar: Aplikasi KWSP i-Akaun

Selepas permohonan membuat pemindahan amaun permulaan ke Akaun 3 (Akaun fleksibel) berjaya, barulah anda boleh membuat pengeluaran dari akaun bank anda.

Sebelum itu, ketahui dahulu syarat-syarat pengeluaran Akaun Fleksibel:-

1.Warganegara dan Bukan Warganegara

2. Belum mencapai umur 55 tahun

3. Mempunyai simpanan dalam akaun Fleksibel

4. Pengeluaran pada bila-bila masa dan had minimum pengeluaran RM50

5. Permohonan bagi pengeluaran daripada

7. Akaun Fleksibel boleh dibuat secara dalam talian melalui KWSP i-Akaun atau di mana-mana cawangan KWSP di seluruh negara.

8. Pemindahan ke akaun fleksibel hanya boleh dilakukan SEKALI sahaja dan tarikh akhir pemindahan adalah 31 Ogos 2024. Anda juga boleh memilih untuk TIDAK memindahkan sebarang amaun ke Akaun 3

Cara keluarkan wang dari Akaun 3

1. Log masuk seperti biasa dan pergi halaman utama lalu klik pada menu pengeluaran di bahagian paling bawah skrin.

Akaun 3

2. Skrol ke bawah dan klik pada Keluarkan Simpanan Anda untuk memohon pengeluaran.

Akaun 3
Sumber Gambar: Aplikasi KWSP i-Akaun

3. Pilih jenis pengeluaran iaitu Akaun Fleksibel. Selepasnya, klik pada Keluarkan Simpanan.

Sumber Gambar: Aplikasi KWSP i-Akaun

4. Masukkan amaun pengeluaran di ruangan yang disediakan lalu klik Teruskan. Anda akan dipaparkan dengan jumlah yang layak dikeluarkan menerusi akaun itu.

Sumber Gambar: Aplikasi KWSP i-Akaun

5. Pada bahagian pilih bank untuk kredit, klik Tambah Bank. Kemudian, pilih jenis bank yang digunakan dan masukkan nombor akaun seperti yang diminta.

Sumber Gambar: Aplikasi KWSP i-Akaun

6. Kemudian, lakukan semakan pada bahagian suntingan maklumat perhubungan. Setelah selesai mengisi kesemua maklumat peribadi, barulah klik Teruskan.

Sumber Gambar: Aplikasi KWSP i-Akaun

7. Proses seterusnya adalah dengan bersetuju perakuan untuk pengeluaran lalu klik Terima.

Sumber Gambar: Aplikasi KWSP i-Akaun

8. Selanjutnya, anda diminta untuk memasukkan nombor TAC bagi pengesahan pengeluaran tersebut.

9. Akhir sekali, anda bakal dipaparkan dengan maklumat yang mengatakan pengeluaran sedang diproses.

Akaun 3
Sumber Gambar: Aplikasi KWSP i-Akaun

Sekiranya pengeluaran diluluskan, jumlah bayaran dipohon akan dikreditkan ke akaun bank anda dalam masa 7 hari bekerja.

Anda boleh semak peti masuk i-Akaun anda dari semasa ke semasa untuk status terkini.

Kongsikan artikel ini agar lebih ramai mengetahui cara mudah dan pantas untuk pindah dan keluarkan menerusi aplikasi sahaja.