Sejak beberapa hari lepas, tular di media sosial berkenaan sejumlah permohonan kredit eMADANI yang ditolak oleh penyedia perkhidmatan e-dompet terpilih. Secara automatik, mereka gagal menebus bantuan kredit tersebut.

Perkara ini boleh terjadi kepada sesiapa sahaja jika tidak memenuhi kriteria yand ditetapkan. Sebelum anda membuat rayuan, mari kita semak terlebih dahulu kriteria yang perlu ditepati oleh individu yang memohon insentif eMADANI kali ini.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Baca Juga:

Kelayakan

1. Warganegara Malaysia berumur 21 tahun ke atas pada 1 Januari 2023

2. Penerima Sumbangan Tunai Rahmah (STR) berdasarkan rekod pada 7 November 2023.

3. Mempunyai pendapatan dan pendapatan tersebut adalah RM100,000 dan ke bawah setahun berdasarkan rekod Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia (LHDNM) setakat 15 Julai 2023.

Sebab tuntutan anda ditolak

Perlu diingatkan, terdapat lima sebab mengapa ditolak meskipun anda sudah memenuhi kriteria tersebut. Ini lima sebab mengapa tuntutan masih ditolak oleh penyedia perkhidmatan:-

1. Kerakyatan tidak diiktiraf.

2. Nama dan nombor kad pengenalan tidak sepadan.

3. Pernah menerima eBeliaRahmah.

4. Rekod tidak dijumpai di Jabatan Pendaftaran Negara.

5. Penuntut tidak berumur 21 tahun pada 1 Januari 2023.

Namun jika permohonan masih ditolak, jangan khuatir kerana anda masih boleh membuat rayuan menerusi penyedia e-dompet terlibat.

Untuk makluman, anda hanya boleh membuat rayuan sebelum 20 Februari 2024. Anda juga diminta menyediakan maklumat tambahan untuk memudahkan proses tersebut.

Cara anda failkan rayuan permohonan eMADANI

Setel
Sumber Gambar: Setel

Jika anda menggunakan Setel untuk menuntut kredit eWallet RM100 namun permohonan ditolak, maka anda digesa untuk menghantar rayuan berhubung isu tersebut kepada [email protected].

Menurut Setel, jika permohonan gagal disebabkan maklumat pengenalan tidak sah, anda mungkin perlu menghantar maklumat tambahan untuk pengesahan semasa proses rayuan.

Shopee
emadani
Sumber Gambar: Shopee

Menurut Shopee, jika anda merasa sudah menepati semua kriteria yang dipinta, anda boleh menghubungi pihak khidmat pelanggan untuk membangkitkan pertikaian.

Hanya pilih “eMADANI tidak dapat dituntut” dan isi butiran peribadi anda. Anda boleh menyertakan tangkap skrin layar sebagai imej sokongan.

TNG eWallet
emadani
Sumber Gambar: TNG eWallet

Buat anda yang ingin menebus kredit eMADANI menerusi aplikasi Touch ‘n Go eWallet, anda boleh mengemukan rayuan jika permohonan ditolak. Anda boleh berbuat sedemikian dengan menghantar rayuan dan tekan kategori eMADANI lalu klik penebusan ditolak pada bahagian jenis bantuan.

Anda boleh menyediakan maklumat tambahan mengapa permohonan eMADANI ditolak berserta tangkap layar sebagai dokumen sokongan.

MAE

Menerusi terma dan syarat MAE, pihak penyedia ada menyatakan bahawa sebarang rayuan berkaitan operasi eMADANI, MAE dari Maybank2U atau fungsi imbas dan bayar QR, anda boleh menghubungi terus kepada kumpulan khidmat pelanggan Maybank menerusi panggilan talian 1-300-88-6688 atau hantar emel ke alamat [email protected].

Untuk makluman terkini, dimaklumkan sebanyak 6.5 juta permohonan telah lulus dan RM650 juta telah dikreditkan kepada mereka yang layak.