Setiap orang pasti mahukan gambar yang cantik untuk dikongsikan menerusi media sosial. Terkadang anda mungkin berada di tempat awam yang dikelilingi oleh orang ramai sekaligus sukar mendapatkan hasil yang diidamkan.
Selain menyunting secara manual menggunakan aplikasi suntingan profesional, terdapat satu cara yang lebib mudah tanpa perlu sebarang kepakaran menyunting. Boleh ikuti tutorial di bawah untuk mengetahui lebih lanjut.
Baca Juga:
- Lelaki Ini Kongsi Cara Mudah Tambah Lokasi Baharu Dalam ‘WhatsApp Location’ Anda
- Ini Caranya Sembunyikan Gambar Peribadi Pada iPhone Menggunakan FaceID
- Ketahui Cara Elak Sesat Jalan Ketika Berjalan Kaki Menggunakan Google Maps Live View
Cara memadam objek asing pada gambar
1. Pertama sekali, anda perlu ke laman sesawang BG Eraser.
2. Kemudian pada laman tersebut, klik pada tombol Upload untuk memuat naik gambar yang ingin disunting.

3. Untuk memadam objek asing pada gambar, tandakan dengan highlight pada objek tersebut dan klik pada menu erase.

4. Akhir sekali, hasil gambar yang sudah siap disunting akan dipaparkan lalu boleh dimuat turun oleh anda.

Semudah dengan empat langkah sahaja, anda boleh mencipta gambar yang lebih cantik tanpa sebarang ganguan objek atau orang di dalam gambar. Malah, anda boleh mengakses secara percuma menerusi dalam talian sahaja.
Anda boleh kongsikan artikel ini kepada kenalan rapat agar lebih ramai mengetahui cara memadam objek asing di dalam gambar dengan pantas dan mudah. Kesemua ini boleh dibuat dalam tempoh kurang daripada 2 minit.