Menjadi satu tradisi biasa buat setiap individu yang berkemampuan untuk menyediakan duit raya bersempena Aidilfitri.
Oleh itu, ramai mahu mendapatkan wang pertukaran RM1, RM5 atau RM10 supaya lebih mudah dibahagikan lalu diberi kepada kanak-kanak atau tetamu yang datang ke rumah.
Terdapat dua cara untuk menukar duit raya, yang pertama ialah menukarnya di kaunter bank dan kedua adalah membuat penukaran di mesin ATM.
Terdapat dua cara untuk menukar duit raya, yang pertama ialah menukarnya di kaunter bank dan kedua adalah membuat penukaran di mesin ATM.
Untuk makluman, sekarang sudah pelbagai jenis bank yang menyediakan perkhidmatan pernukaran duit raya menggunakan mesin ATM kepada orang ramai.
Maybank
Bagi Maybank, terdapat sejumlah 72 cawangan bank di seluruh negara yang bersiap sedia menyediakan servis penukaran wang secara khus untuk not RM10 bagi Aidilfitri kali ini.
Pelanggan yang berhasrat untuk membuat penukaran wang kerta ini bolehlah pergi ke cawangan ATM terdekat yang ditetapkan bermula 1 hingga 9 April 2024.
Namun begitu, Maybank memaklumkan pihaknya menggunakan wang kertas kitar semula sebagai alternatif dalam memastikan kelestarian dan pemuliharaan sumber.
Berikut adalah senarai cawangan ATM Maybank yang menyediakan perkhidmatan penukaran wang:-


CIMB Bank
Sementara di CIMB Bank pula, orang ramai boleh datang menukar duit raya di 9 cawangan CIMB yang terpilih pada kali ini.
Berikut adalah senarai 9 lokasi mesin ATM CIMB Bank bagi penukaran wang kertas raya bermula 4 hingga 10 April 2024 seperti di bawah:-

Bank Islam
Selain daripada itu, pengguna Bank Islam pula boleh membuat penukaran wang tunai RM10,RM20,RM50,RM100 mengikut cawangan bank yang ditetapkan.
Berikut adalah senarai 10 cawangan bank Islam yang terpilih:-

Affin Bank
Akhir sekali, Affin Bank pula menyediakan wang kertas RM10 dan RM50 di ATM/CRMs terpilih di seluruh cawangan di seluruh negara.
Had pengeluaran harian ialah RM5,000 tetapi tertakluk kepada had pengeluaran kad dan ketersediaan wang kertas dalam ATM/CRMs.
Berikut senarai lokasi ATM/CRMs AFFIN Bank yang boleh digunakan bersempena penukaran wang raya bermula 3 hingga 10 April 2024 seperti di bawah:-





Semoga senarai ini dapat membantu anda semua untuk mengelakkan kesesakan beratur di bank untuk membuat penukaran wang kertas.