Pada bulan lalu orang ramai berasa teruja apabila melihat restoran milik Khairul Aming, Rembayung disediakan sinki wuduk untuk memudahkan para pelanggan yang menggunakan surau.

Warganet tertanya-tanya di manakah sinki wuduk itu boleh didapatkan kerana ia sangat sesuai dipasang di pejabat.

Wakil WudukSink, Lo Chang Yong tampil kongsikan produk-produk sinki wuduk yang ditawarkan, serta yang digunakan pada restoran Rembayung.

“Saya bukan Muslim, tapi saya tolong kawan-kawan Muslim saya selesaikan masalah wuduk diorang,” kata beliau.

1. DWI

'Saya Bukan Muslim, Saya Bantu Mudahkan Kawan Muslim Ambil Wuduk'

Model DWI ini dihasilkan sendiri oleh ibu pejabat WuduAsia. Model ini pernah nampak Rembayung di akaun @khairulaming.

Wuduksink membekalkan produk terus dari kilang bagi segmen berkualiti premium — lengkap dengan pili (faucet) tembaga, kelengkapan berkualiti, serta kemasan glazing 3 lapis.

Apa yang paling penting, harga yang ditawarkan adalah telus dan berpatutan.

Harganya RM1,680.

2. Unibody

 

'Saya Bukan Muslim, Saya Bantu Mudahkan Kawan Muslim Ambil Wuduk'

Model seterusnya adalah UniBody — rekaan khas di mana pengguna boleh duduk sahaja untuk berwuduk dengan selesa.

Material badannya setanding dengan bathtub jenama mewah, menggunakan bahan Lucite PMMA yang sangat tahan lasak dan premium.

Harganya RM2,290

3. Klasik

'Saya Bukan Muslim, Saya Bantu Mudahkan Kawan Muslim Ambil Wuduk'

Sementara model Klasik pula dibina khas dengan padanan kerusi, jadi pengguna boleh duduk dengan lebih stabil dan selasa semasa mengambil wuduk.

Harganya RM1,680

Perkongsian Threads @lochangyong mendapat pujian daripada warganet.

Orang ramai berharap agar majikan di pejabat mereka juga boleh membuat pelaburan kecil bagi memudahkan para pekerja menunaikan solat di ruang pejabat.