Sebuah farmasi di Kubang Kerian, Kelantan telah mewujudkan fasiliti pandu lalu atau drive thru bagi memudahkan orang ramai mendapatkan ubat-ubatan.
Baru-baru ini seorang TikToker @nasnazir_official telah berkongsi pengalamannya mendapatkan ubat di farmasi tersebut.
Baca Juga:
- Kelantan Siasat Majlis Makan Malam Disaji Tarian Tak Senonoh
- ‘Banjir Darah’ Di Kelantan? Netizen Terkejut Air Banjir Warna Merah
- Outlet Starbucks Terakhir Di Kelantan Tutup Secara Rasmi
Menerusi video dikongsikannya, bangunan farmasi itu mempunyai laluan drive thru sama seperti yang dipopularkan oleh kedai-kedai makanan segera.
@nasnazir_official Tahniah Kelantan. Aku Je ke Yang Baru tahu.. #superbigpharmacykubangkerian #drivethrupharmacy #kubangkerian #kelantan @ahmadffz #nasnazir #nasnazir_official
Ia mempunyai hentian pertama di mana orang ramai berhenti untuk membuat pesanan ubat.
Kemudian di hentian seterusnya merupakan kaunter untuk membuat bayaran dan mendapatkan ubat yang dipesan.
Pada masa sama orang ramai boleh mendapatkan khidmat nasihat daripada ahli farmasi di situ.
Fasiliti itu bukan sahaja dapat memudahkan orang ramai, bahkan menjimatkan masa orang ramai untuk mendapatkan ubat. Lebih-lebih lagi buat mereka yang sudah tahu untuk beli ubat apa.
Orang ramai tidak perlu lagi turun daripada kenderaan untuk masuk ke dalam farmasi. Kurang lima minit sudah boleh dapatkan ubat-ubatan hanya dengan berurusan dengan pihak farmasi menerusi tingkap sahaja.
Dalam video dikongsikan TikToker @nasnazir_official, farmasi tersebut beroperasi seawal jam 8.30 hingga 10.00 malam.
Sementara perkhidmatan drive thru juga sudah buka mulai 8.30 pagi. Namun tempoh operasinya dilanjutkan sehingga 12.00 tengah pagi.
Ramai netizen memuji farmasi di Kelantan itu kerana memudahkan orang ramai mendapatkan ubat-ubatan.
Difahamkan farmasi drive thru itu dibuka sewaktu pandemik COVID-19 yang lalu.