Mufti Perlis, Datuk Prof Dr Mohd Asri Zainul Abidin atau dikenali Dr Maza mengingatkan orang ramai terutamanya rakyat Malaysia untuk berhati-hati dengan ‘penunggang Palestin’ atau sindiket penipuan yang meminta derma kononnya untuk rakyat Palestin.

Terbaharu, melalui hantaran beliau di laman X, Dr Maza memberi amaran bahawa ramai orang yang akan mengambil kesempatan di atas peperangan yang berlaku di antara Israel dan Palestin.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Baca Juga:

Mereka akan meminta simpati dan sedekah dari orang ramai kononnnya untuk meringankan beban masyarakat Palestin, tetapi sebenarnya mereka adalah orang yang menunggang nama Palestin untuk kepentingan peribadi.

“Bila Palestin diserang, ramai scammer dalam negara kita akan mengambil kesempatan mengumpul dana kononnya untuk Palestin. Padahal untuk diri mereka sendiri. Hati-hati dengan penunggang nama Palestin!!!” Katanya di laman media sosial X semalam.

Melalui laporan yang dikeluarkan oleh Harian Metro pada Mei 2021, difahamkan sindiket ini mulanya menggunakan nama sendiri untuk meminta bantuan, tetapi selepas pergerakan mereka dihidu, mereka akan menggunakan nama-nama NGO sedia ada.

Dengan cara ini, mangsa-mangsa diluar sana lebih mempercayai mereka dan mudah untuk meraih simpati selain meningkatkan keyakinan orang ramai untuk menderma.

Perkara ini boleh dielakkan jika penderma memastikan bahawa segala maklumat terperinci seperti nama, nombor akaun atau nama pertubuhan tersebut adalah benar dan betul. Selain itu, penderma juga perlu memastikan bahawa pertubuhan itu bukanlah baharu dalam bidang tersebut.