Kecoh sejak akhir-akhir ini apabila terdapat individu daripada pihak kerajaan mendakwa Mantan Perdana Menteri Malaysia ke-8, Tan Sri Muhyiddin Yassin telah menyeleweng wang berjumlah sehingga RM600 bilion. Isu menjadi lebih panas apabila terdapat dakwaan wang tersebut digunakan sebagai dana politik sempena Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) lalu.

Dalam usaha menjernihkan keadaan, Tan Sri Muhyiddin Yassin yang juga Pengerusi Perikatan Nasional (PN) tampil menjelaskan isu yang berlaku menerusi laman Facebook rasmi beliau.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Baca Juga:

Menerusi perkongsian, beliau meluahkan rasa kecewa terhadap pihak kerajaan yang menggunakan kuasa Polis Diraja Malaysia (PDRM) untuk menekan pemimpin yang tidak sehaluan dengan mereka.

Jawab tuduhan penyelewengan wang RM600 bilion

Menurut Tan Sri Muhyiddin Yasin, beliau sendiri tidak tahu dari mana angka RM600 bilion dipetik. Sebaliknya, beliau turut mengagak wang tersebut merujuk kepada 8 Pakej Rangsangan Ekonomi bernilai RM530 bilion semasa beliau menjawat jawatan sebagai Perdana Menteri.

Beliau memaklumkan daripada jumlah keseluruhan RM530 bilion, sebahagian besarnya adalah berbentuk non-fiskal atau dalam erti kata lain tidak melibatkan perbelanjaan kerajaan.

Hal ini termasuk pengeluaran KWSP i-Lestari, i-Sinar, i-Citra bernilai RM145 bilion, pengurangan pembayaran KWSP bernilai RM10 bilion, moratorium bayaran pinjaman bank untuk individu dan syarikat bernilai RM180 bilion, jaminan kerajaan untuk pinjaman syarikat bernilai RM80 bilion dan inisiatif-inisiatif lain

Tan Sri Muhyiddin Yassin juga turut menafikan beliau menyeleweng wang yang tidak melibatkan perbelanjaan kerajaan malah memaklumkan tidak mempunyai kuasa terhadap penggunaan wang ini.

Mengaku tidak ada satu sen masuk ke akaun peribadi

Beliau juga turut memaklumkan tidak terdapat satu sen pun wang dimasukkan ke akaun peribadi malah menyifatkannya sebagai tidak masuk akal wang bantuan rakyat dimasukkan ke akaun beliau.

Malah, Jabatan Audit Negara (JAN) dan Bank Negara sudah pastinya terlebih dahulu antara yang mengetahui tindakannya sekiranya beliau didapati menyeleweng.

Tidak takut disiasat

Sumber: The star

Menerusi dakwaan yang diterima, Tan Sri Muhyiddin Yassin memaklumkan beliau tidak takut untuk disiasat kerana beliau tahu tidak menyeleweng wang rakyat yang diamanahkan beliau sewaktu menjadi kerajaan.

Beliau juga turut mengigatkan kepada parti-parti komponen dalam kerajaan untuk tidak menuduh mana-mana pihak sewenang-wenangnya.

Sumber