Tan Sri Muhyiddin Yassin dilantik sebagai Perdana Menteri kelapan Malaysia selepas menerima berkenan Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatatuddin Al-Mustafa Billah Shah bertepatan dengan Perkara 402(2)(a) dan Perkara 43(2)(a) Perlembagaan Persekutuan.
Kenyataan media yang baharu dikeluarkan tadi berkata baginda memilih Muhyiddin kerana mendapat kepercayaan majoriti Ahli Dewan Rakyat selepas ketua-ketua parti serta ahli parlimen dari blok bebas mengemukakan nama calon Perdana Menteri kepada Agong.
TERKINI | Agong perkenan lantik Muhyiddin PM ke-8 pic.twitter.com/k1Clfo5t7X
— Buletin TV3 (@BuletinTV3) February 29, 2020
“Seri Paduka Baginda telah berkenana melantik Tan Sri Muhyiddin Yassin sebagai Perdana Menteri selaras Perkara 40(2)(a) dan Perkara 43(2)(a) Perlembagaan Persekutuan.
“Proses seterusnya ialah Istiadat Pengurniaan Suratcara Pelantikan dan Mengangkat Sumpah Jawatan sebagai Perdana Menteri pada 1 Mac 2020 (Ahad) jam 10.30 pagi di Istana Negara,” memetik kenyataan itu.
Mengakhir kenyataan itu, baginda mengharapkan segala kemelut politik yang melanda Malaysia selama seminggu ini dapat ditamatkan.