Selebriti dan usahawan popular, Neelofa memperlihatkan wajah Abdullah Abbas, putera keduanya yang lahir pada 11 Julai tahun lalu.

Menerusi hantaran Instagram yang baru sahaja dimuat naik , walaupun gambar tersebut dikaburkan, jelas kelihatan Abbas sama seperti abangnya, Muhammad Bilal sewaktu kecil dahulu.

Baca Juga:

Walaupun semua orang sedang menyambut Hari Raya Aidilfitri, namun netizen masih sempat meninggalkan komen-komen pada hantaran Instagram tersebut.

Ramai memuji kecomelan kedua-dua adik beradik Bilal dan Abbas.

“Walaupun blurred, still nampak pipi labuh si kecik dua orang itu ya. Comel!”

“Muka kena blur pun comel”

“Comelnya anak-anak Neelofa & Haris”

“Abbas muka macam Bilal,” kata netizen.

Untuk rekod Neelofa mendirikan rumah tangga dengan PU Riz pada 27 Mac 2021. Mereka dikurniakan cahaya mata sulung, Muhammad Bilal yang lahir pada 29 Januari 2022.

Terdahulu, Neelofa berasa terkilan apabila ada individu seolah-olah tidak menghormati privasi keluarganya dengan mendedahkan wajah Bilal terlebih dahulu tanpa kebenarannya.