Setelah hampir satu tahun pelaksanaan lesen dan cukai jalan digital, Kementerian Pengangkutan (MOT) akan mengumumkan satu inisiatif baharu tahun depan yang menawarkan pilihan kepada orang ramai sekiranya ingin mencetak cukai jalan dan lesen memandu secara fizikal seperti sebelum ini.
Menteri Pengangkutan, Anthony Loke berkata perkara itu diputuskan selepas mendapati masih ada segelintir pihak mahukan kedua-dua butiran itu dicetak secara fizikal, lapor Harian Metro.
Baca Juga:
- Ini Pencerahan Anthony Loke Untuk 6 Persoalan Mengenai Pemansuhan ‘Sticker Roadtax’ Dan Lesen Fizikal
- Pemilik Kenderaan Persendirian Tidak Lagi Perlu Bawa Lesen Memandu Fizikal Dan Tampal ‘Roadtax’
- Lesen Memandu Boleh Diperbaharui Melalui Aplikasi MyJPJ Mulai 1 Februari, Dapat Rebat RM5
“Masih ada lagi rungutan orang ramai bahawa ada sebilangan masih ingin melihat atau mencetak lesen atau cukai jalan mereka.
“Dari segi itu, memang kita akan tambah baik. Jadi awal tahun depan kita akan umumkan satu inisiatif kepada mana-mana pihak atau orang ramai yang ingin mencetak lesen mereka secara fizikal mereka mungkin kena bayar pencetakan itu untuk dapatkan kad fizikal itu,” katanya dalam sesi soal jawab di Dewan Rakyat di sini, hari ini.
Memetik laporan itu lagi, aplikasi mudah alih MyJPJ sudah dimuat turun 13.7 juta pengguna, lebih 1 juta transaksi untuk perbaharui lesen dan cukai jalan dan jumlah kutipan setakat 31 Oktober mencatat hampir RM121 juta.
Pada masa sama, fungsi baharu pemakluman tarikh tamat tempoh cukai jalan akan dimaklumkan kepada umum selepas ianya siap dan sedia digunakan para pengguna kelak.
Pada Februari tahun lalu, MOT mengumumkan semua kenderaan persendirian milik rakyat Malaysia tidak lagi perlu mempamerkan cukai jalan dan tidak perlu lagi membawa lesen memandu fizikal kerana sudah beralih kepada sistem digital